Skip to main content

Rundingan tarif air dengan Singapura sudah bermula


KLANG -- Rundingan semakan semula harga air mentah dengan Singapura telah dimulakan sejak sebulan lepas, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata rundingan berkenaan dilakukan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas dengan peguam negara republik berkenaan dan beberapa pertemuan lagi akan diadakan berhubung perkara tersebut.

“Perbincangan tentang perjanjian air telah bermula. Kita ada lapan perkara yang sedang dirunding dengan Singapura dan perjanjian air adalah satu daripadanya. 

“Ini (kejayaan memulakan rundingan) kita anggap penting kerana sebelum ini, kita tidak dapat duduk semeja tentang isu tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melawat Rohingya Education Centre (REC) Klang, di sini.

Ditanya mengenai respons kerajaan Singapura berhubung rundingan itu, Saifuddin berkata setakat ini, masih terlalu awal untuk pihaknya membuat sebarang rumusan namun menyifatkan usaha memulakan perbincangan tersebut sebagai satu langkah ke hadapan.
Pada Ahad lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata Saifuddin akan mengetuai kumpulan pegawai Malaysia dalam semakan semula harga air mentah yang dijual kepada Singapura.
Tanpa mendedahkan butiran terperinci bila rundingan berkenaan akan dilakukan, Dr Mahathir berkata kumpulan pegawai yang berunding itu ‘sedang mengusahakannya’ dan ia turut dianggotai pegawai berkaitan dari Johor.
Isu berkaitan perjanjian itu muncul kembali pada pertengahan tahun lepas apabila Dr Mahathir mengkritik harga air mentah yang dijual kepada Singapura sebagai ‘tidak masuk akal’ dan berkata beliau bercadang untuk merundingkan semula terma perjanjian itu.
Perjanjian air itu yang berakhir pada 2061, memberi hak kepada Singapura untuk mendapatkan sehingga 250 juta gelen sehari (mgd) air mentah dari Sungai Johor.
Singapura membayar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah, dan menjual semula air terawat kepada Johor pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. Johor memperoleh bekalan harian air terawat sehingga dua peratus atau lima mgd air yang dibekalkan kepada republik itu.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...