Skip to main content

Posts

Showing posts from December 3, 2018

Injured fireman Adib now able to nod

KUALA LUMPUR -- Muhammad Adib Mohd Kassim, the firefighter who was seriously injured in the recent riot incident at Sri Maha Mariamman temple in USJ25, Subang Jaya is now able to nod, open his eyes and understand instructions. Describing this as a more positive development than before, Deputy Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Dr Md Farid Rafik said the 24-year-old was, however, still in critical condition but stable, and still required the support of his family members and colleagues. “So far, he (Adib) is able to nod, open his eyes and understand instructions. “That is why there are requests from his close relatives to talk to him," he said today at a brief news conference at the National Heart Institute, here, where the fireman is warded for treatment. Farid said the Prime Minister’s Department and Tun Dr Mahathir himself were always following the developments of Muhammad Adib’s condition....

Sedition Act still needed, say former IGP

KUALA LUMPUR -- The Sedition Act 1948 plays a key role in preserving societal harmony and public order, said Tun Hanif Omar.   The former inspector-general of police pointed out that the law is still needed and is still relevant for the country. He  asked the community, especially the leaders, to learn from history the reasons the law was established including to protect the position of the Malay rulers. "You can question the implementation (of the act) but you can't question the law itself. You have to read back and understand Article 153 of the Constitution,” he said after the press conference to announce the launch of The Mahathir Mohamad Leadership Series organised by the Malaysian Institute of Management (MIM). Hanif said this when asked by reporters whether it was a good idea to repeal the Sedition Act and how to promote racial unity following the Sri Maha Mariamman Temple incident at USJ 25 in Suba...

Dana RM22 juta tidak digunakan untuk tujuan politik

KUALA LUMPUR -- Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan duit RM22 juta Yayasan Tabung Haji (YTH) disalah guna untuk aktiviti politik.  Anggota Parlimen Baling itu berkata duit itu adalah dana yang diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk sumbangan pihak korporat, peruntukan khas kerajaan serta orang perseorangan yang mahu menyumbang dalam pelbagai program kebajikan dan sosial. “Program YTH yang dimaksudkan termasuklah program membantu golongan fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), serta ibu tunggal seluruh negara menerusi program ‘Ziarah Kasih’, ‘Jom Bantu Rakyat’, dan ‘Ziarah Kasih Ramadan’ selama setahun. “Dana berjumlah RM22 juta itu bukanlah wang penabung (pendeposit TH). Ia adalah zakat hasil keuntungan pelaburan TH sebanyak RM7 juta dan selebihnya adalah duit sumbangan UMNO, Kerajaan Persekutuan dan syarikat yang tidak pernah berniaga dengan TH untuk menjalankan aktiviti bulan Ramadan pada 2017,” katanya ...

MCA diminta segera keluar BN

SEREMBAN -- MCA diminta agar segera meninggalkan Barisan Nasional (BN) bagi memudahkan UMNO dan komponen parti berbaki untuk membangunkan semula BN. Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebagai parti yang berprinsip, MCA harus lebih ‘berfikiran tetap’ dan tidak berdolak-dalih kerana tindakan seperti ini tidak memudahkan BN untuk ‘move on’ bahkan telah menunda proses rejuvenasi BN. “Saya sangat berterima kasih jika MCA segera meninggalkan BN. Kita tidak boleh punya rakan yang membebankan kita di kala kita berada dalam kedudukan paling susut dalam perjalanan politik kita. Dan tidak mahu memikul tanggungjawab atas kekalahan kita. “Keluar sahaja dari BN seperti parti-parti lain yang telah meninggalkan BN tanpa syarat. Keputusan sebegini akan memudahkan UMNO dan komponen parti berbaki untuk membangunkan semula BN. “Keputusan MCA yang sangat berdolak dalih dilihat mereka masih lagi tidak dapat berpisah selamanya dengan BN... Kerana itu merek...

129 penjenayah Thailand dipercayai bersembunyi di Malaysia

KOTA BHARU -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia membantu Thailand memburu 129 penjenayah yang didakwa oleh Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Dusedee Susangkit, sedang bersembunyi di Malaysia, jika ada permintaan dari negara itu yang dibuat mengikut prosedur undang-undang. Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azmi Abu Kassim berkta pihaknya tidak tolak kemungkinan ada warga asing yang melakukan kesalahan di negara masing-masing, kini berada dalam negara. "Apa yang dimaklumkan Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej Jen Dusedee Susangkit bersumberkan daripada maklumat risikan mereka dan Malaysia, hasil mesyuarat dua hala yang sering diadakan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini. Sabtu lepas, portal berita melaporkan Dusadee yang dipetik sebagai berkata kebanyakan penjenayah menggunakan 'jalan tikus' untuk keluar masuk ke sempadan Thailand-Malaysia, dan mungkin masi...

RM279.2 juta subsidi RMR1M disalah guna

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) – Sejumlah RM279.20 juta dana daripada kerajaan bagi tujuan menanggung subsidi kos pembinaan 13,960 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) telah digunakan untuk tujuan lain tanpa mendapat kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) terlebih dahulu. Malah, Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 yang dibentangkan di Parlimen, turut mendedahkan bilangan RMR1M yang dibina sehingga 31 Disember 2017 juga masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan.  "Pembinaan RMR1M masih belum mencapai sasaran kerana hanya 24,057 unit telah dibina manakala 8,145 unit masih dalam pembinaan berbanding 44,152 unit yang patut dibina.   "Pembayaran kepada kontraktor juga tidak mengikut tempoh yang ditetapkan dan kualiti RMR1M yang dibina juga tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan," kata laporan itu.  RMR1M merupakan antara dua kategori di bawah Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dibina oleh  subsidiari Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), SPNB...

Ganabatirau akan beri keterangan kepada polis

SHAH ALAM -- Exco kerajaan negeri Selangor V. Ganabatirau mengesahkan yang beliau akan memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya, dekat sini. Ganabatirau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang negeri berkata beliau akan memberi keterangan berhubung isu itu pada 6 petang ini di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri. "Saya sahkan akan dipanggil polis untuk diambil keterangan mengenai kenyataan saya berhubung insiden itu tempoh hari. “Sepatutnya saya perlu hadir ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor tetapi disebabkan ada mesyuarat perlu dihadiri, polis akan datang ke pejabat saya petang ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Pada 26 Nov lepas, Ganabatirau melalui akaun sosial Facebook miliknya memuat naik status be...