Skip to main content

129 penjenayah Thailand dipercayai bersembunyi di Malaysia


KOTA BHARU -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia membantu Thailand memburu 129 penjenayah yang didakwa oleh Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Dusedee Susangkit, sedang bersembunyi di Malaysia, jika ada permintaan dari negara itu yang dibuat mengikut prosedur undang-undang.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azmi Abu Kassim berkta pihaknya tidak tolak kemungkinan ada warga asing yang melakukan kesalahan di negara masing-masing, kini berada dalam negara.
"Apa yang dimaklumkan Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej Jen Dusedee Susangkit bersumberkan daripada maklumat risikan mereka dan Malaysia, hasil mesyuarat dua hala yang sering diadakan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.
Sabtu lepas, portal berita melaporkan Dusadee yang dipetik sebagai berkata kebanyakan penjenayah menggunakan 'jalan tikus' untuk keluar masuk ke sempadan Thailand-Malaysia, dan mungkin masih aktif khususnya dalam kegiatan penyeludupan di sempadan.
Mengulas mengenai dakwaan Dusadee bahawa negara berkenaan menjadi hub transit membawa masuk pil kuda ke Malaysia, Azmi berkata perkara itu tidak mustahil, namun PDRM mempunyai pelbagai insentif untuk memastikan barangan terlarang itu tidak melepasi kawalan di sempadan.
Terdahulu, dalam sidang media yang sama, Azmi berkata Polis Kelantan berjaya merampas 2.5 tan daun ketum bernilai RM75,000 di Jalan Jeli-Machang-Kota Bharu pada Rabu (28 Nov) lepas dan menahan dua lelaki masing-masing berusia 34 dan 19 tahun.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, dua anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah sedang menjalankan rondaan pencegahan dan terlihat satu bungkusan terjatuh daripada sebuah lori tiga tan sebelum bertindak mengejar kedua-dua suspek sejauh 3 kilometer.
"Hasil siasatan, polis menemui puluhan plastik dipercayai mengandungi ketum yang berasal dari Kedah untuk dipasarkan di Pasir Puteh. Kedua-dua suspek yang merupakan pemandu dan kelindan lori berkenaan mengakui mereka menerima upah RM3,000 untuk menyeludup barangan berkenaan.
"Kedua-dua suspek direman sejak tarikh ditangkap dan dituduh di Mahkamah Majistret Jeli di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 semalam," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...