Skip to main content

Posts

Showing posts from September 16, 2018

Remaja pukul bapa OKU ditahan polis

BUKIT MERTAJAM -- Polis menahan seorang remaja lelaki kerana memukul bapanya menggunakan kayu hoki sehingga cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Permatang Pauh di sini Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian pukul 11.15 malam itu, remaja lelaki berusia 19 tahun itu mengamuk sebelum memukul bapanya yang berumur 54 tahun menggunakan kayu hoki kerana dihalang mengambil televisyen. "Mangsa yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) fizikal itu mengalami kecederaan luka di kepala, bahu kiri serta belakang badan dan sakit dada dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan," katanya. Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika suspek pulang ke rumah ayahnya untuk mengambil televisyen di situ namun dihalang oleh mangsa kerana ia miliknya. Katanya dua beranak itu tinggal bersama di rumah berkenaan namun anaknya telah berpindah keluar baru-baru ini ...

Zakaria's suspension is unfair and hasty

KULAI -- The Majlis Permuafakatan Felda NGO (non-governmental organisations) Council has described the indefinite suspension of FGV Holdings Bhd Group President and Chief Executive Officer Datuk Zakaria Arshad as unfair and a hasty act. Its Chairman, Mazlan Aliman said the move had defamed Zakaria as a settler’s son who had worked with Felda for 35 years. “We want the government to intervene, but if it happens otherwise and Datuk Zakaria is not treated fairly, then we will organise a solidarity (gathering)," he told a press conference after attending the Malaysia Day celebration in Felda Bukit Ramun, Kulai here today. Zakaria was suspended until further notice on Sept 13, the second time in 15 months as head of the palm oil company. His suspension came after the Minister of Finance Inc withdrew its nomination of Zakaria, 58, as a government-appointed diirector at the world’s largest cr...

Apa makna sebuah janji manifesto - MB Terengganu

KUALA NERUS -- Kerajaan Terengganu tidak menganggap tempoh enam bulan yang diambil oleh kerajaan pusat untuk memperhalusi kaedah pembayaran 20 peratus royalti kepada negeri pengeluar minyak sebagai satu usaha melengahkan janji manifesto. Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata beliau amat menghargai usaha kerajaan pusat mencari jalan bagi menyalurkan 20 peratus royalti kepada negeri yang terlibat sepertimana yang dinyatakan dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu. "Kita hargai apa yang mereka cuba buat. Tinggal lagi sebelum daripada tempoh kajian, perjanjian sedia ada  berjumlah lima peratus yang diterima oleh kerajaan negeri Terengganu sebelum ini yang tidak kurang daripada RM1 bilion hingga RM2 bilion setiap tahun mestilah berjalan seperti biasa. "Jadi kita menjangkakan tentulah sekiranya kajian yang baru dibuat, keputusan akhir jumlahnya mestilah tidak berkurangan daripada yang diterima sekian lama iaitu sejak 1974.  "Kalau tidak, apa ma...

Rahsia ikatan perkahwinan 62 tahun Mahathir-Siti Hasmah

PUTRAJAYA -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin tertua di dunia, mendedahkan rahsia perkahwinannya yang kekal bahagia dengan teman sehati dan sejiwanya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selama 62 tahun. Perdana Menteri berkata toleransi serta perlunya menimbangkan perasaan pasangan dan masa depan  anak-anak juga faktor penting dan kunci kepada hubungan mereka yang indah dan manis yang dikagumi oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Dalam wawancara eksklusif oleh The Third Age Media Association dan Bernama News Channel (BNC) baru-baru ini di Yaysan Kepimpinan Perdana di sini, beliau berkata tiada siapa akan mampu mengubah pasangan mereka, sebaliknya mereka saling menerima keadaan masing-masing sebagai cara untuk menjalin hubungan yang sihat dan seimbang. Dengan wajah tersipu-sipu dan sen...

Mah Siew Keong rasmi letak jawatan

SEREMBAN -- Datuk Seri Mah Siew Keong mengumumkan secara rasmi perletakan jawatannya sebagai presiden Gerakan. Mah berkata ini adalah susulan prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas yang gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen berbanding satu kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13. “Tiga atau empat bulan lepas saya mendapat banyak rayuan daripada anggota parti supaya terus kekal sebagai presiden, namun saya sebagai kapten telah berjanji jika keputusan parti lebih teruk dari dahulu, maka saya akan letak jawatan. “Saya ucap terima kasih pada semua (anggota parti) dan hari ini secara rasmi saya tidak akan teruskan (memegang jawatan) sebagai presiden,” katanya ketika ditemui di sini...

PAS perlu henti mencemuh PKR dan DAP

KUALA NERUS -- PAS disaran berubah menjadi parti politik yang matang dalam perjuangan dan berhenti daripada mencemuh seterus politik terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, kata wakil Dewan Pemuda PAS, Akram Ikrami Taib Azamudden. Sebaliknya beliau menjelaskan parti itu mencontohi kepakaran dan kejayaan PKR dan DAP dalam meraih sokongan golongan muda dan tidak sekadar bersilat di gelanggang sendiri. "Antara perkara yang kita mesti sedar dalam PRU14, PAS masih bersilat dalam gelanggang kita sendiri. Kita membuka tari dan bunga silat yang tersendiri tatkala kita lihat musuh bergerak maju mengeksplorasi langkah yang lebih tuntas. "Pada era ini media sedang menguasai pemikiran dan fikiran masyarakat. Inilah cabaran besar PAS ketika kita hanya aktif di meja kuliah dan mimbar," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Ke 64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Neger. Akram berkata, semua anggota PAS perlu mempraktikkan ...

Zakaria hanya harap tinggalkan FGV secara baik

KUALA LUMPUR -- Setelah berkhidmat dengan kumpulan Felda selama 35 tahun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FGV Holdings Bhd, Datuk Zakaria Arshad, berharap dapat meninggalkan syarikat itu secara baik. Malangnya, perkara itu tidak berlaku berikutan pengumuman baru-baru ini oleh lembaga pengarah untuk menggantungnya daripada jawatan terbabit mulai Rabu lepas. FGV dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia berkata, notis siasatan telah dikeluarkan kepada Zakaria berikutan selesainya siasatan dalaman kepada 10 isu kritikal yang mengakibatkan kerugian kewangan bagi FGV dan pemegang sahamnya. Dilaporkan sehingga tujuh daripada isu ini berkaitan anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd, bersabit pembayaran dan penyerahan barang-barang yang melibatkan pelanggan yang berpangkalan di Afghanistan, Safitex Trading LLC. Ketika dihubungi Bernama hari ini, Zakaria berkata, setakat ini, beliau ...

Tindakan Nazri tak ada kaitan dengan UMNO

KUALA NERUS -- Tiada tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meskipun beliau menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid berkata tindakan Nazri itu tidak mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan meskipun Nazri menyuarakan sokongan terbuka terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu. "Apa perlunya tindakan disiplin pada beliau (Nazri)? Kita tiada masalah jika Nazri menyokong  Datuk Seri Anwar (Ibrahim) di Port Dickson. "Kita meraikan perbezaan pendapat .. apa yang dinyatakan Nazri itu tidak mewakili UMNO dan BN secara keseluruhan tetapi apa yang ditunjukkan Nazri itu adalah pendapat peribadi beliau dan sebagai Ketua UMNO Bahagian (Padang Rengas), kita hormati perbezaan itu," katanya. ...

Nurul Izzah tolak nepotisme ada dalam PKR

BUKIT MERTAJAM -- Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyangkal bahawa akan wujud soal  nepotisme dalam parti itu sekiranya bapanya Datuk  Seri Anwar Ibrahim menjadi Anggota Parlimen nanti. Memandang positif kritikan dan pandangan yang dilemparkan, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata beliau akan menumpukan tumpuan pada kerja serta tugas yang diberikan oleh rakyat kepadanya. Nurul Izzah menegaskan, bagi menangkis tanggapan itu (nepotisme), seharusnya pemberian kontrak dan dana tidak diberikan kepada mereka yang tergolong dalam keluarga apabila memegang jawatan dalam kerajaan. " Pada saya kita ambil secara positif  dan kita juga dengan penuh rendah diri memahami dalam skop  akan ada suara-suara yang  tidak bersetuju dengan kita. Alhamdulilah saya tidak termasuk dan tergolong dalam Kerajaan Pusat, saya amat-amat bersyukur diberikan  peluang oleh rakyat Permatang Pauh  yang menjadi suara  kepada isu-isu termasukl...

PAS perlu berhati-hati bersahabat dengan UMNO

KUALA NERUS -- Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mengingatkan pemimpin parti itu agar tidak mengabaikan peranan mereka meskipun kini rapat dengan UMNO. Wakil DHPP, Lau Chin Chua berkata UMNO baru sahaja hadir tetapi DHPP sudah lama bersama-sama dalam mempertahankan PAS di beberapa kawasan serta menarik penyokong bukan Melayu pada pilihan raya sebelum ini. “Sekarang (PAS) sedang berbaik-baik dengan UMNO, MCA dan MIC. Ingat, sebab apa UMNO rebah.. sebab ada pemimpinnya tidak amanah,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri. Lau juga menarik perhatian perwakilan apabila mengingatkan anggota PAS supaya sentiasa berhati-hati dengan 'persahabatan' dengan UMNO, MCA dan MIC ketika ini agar tidak bertindak membela pemimpin merek...