Skip to main content

Tindakan Nazri tak ada kaitan dengan UMNO


KUALA NERUS -- Tiada tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meskipun beliau menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata tindakan Nazri itu tidak mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan meskipun Nazri menyuarakan sokongan terbuka terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.

"Apa perlunya tindakan disiplin pada beliau (Nazri)? Kita tiada masalah jika Nazri menyokong  Datuk Seri Anwar (Ibrahim) di Port Dickson.

"Kita meraikan perbezaan pendapat .. apa yang dinyatakan Nazri itu tidak mewakili UMNO dan BN secara keseluruhan tetapi apa yang ditunjukkan Nazri itu adalah pendapat peribadi beliau dan sebagai Ketua UMNO Bahagian (Padang Rengas), kita hormati perbezaan itu," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke 64, lapor Bernama.
Nazri yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas sebelum ini berkata beliau serius untuk menyokong Anwar dan PKR sebagai satu jalan untuk mengembalikan UMNO sebagai kerajaan.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pembangkang tidak akan memberi laluan mudah kepada PKR untuk memenangi  PRK Port Dickson.

Katanya ini termasuk PAS bersedia meletakkan calon jika BN atau UMNO tidak bertanding bagi merebut kerusi Parlimen itu yang kosong setelah Anggota Parlimennya, Datuk Danyal Abdullah meletakkan jawatan.

"Kita tidak akan bagi kemenangan percuma kepadanya (Anwar Ibrahim)...kalau dah tak ada orang bertanding PAS boleh bertanding..sekurang-kurangnya kita boleh mengadakan latihan bersama (UMNO)  untuk hadapi PRU15 ....kalah menang itu cerita lain...," kata Abdul Hadi

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...