Skip to main content

Posts

Showing posts from November 23, 2018

Perbicaraan Najib pada 15 April

KUALA LUMPUR -- Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 15 hari bermula 15 April tahun depan untuk perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi empat pertuduhan rasuah dan 21 kes pengubahan wang haram berhubung dana 1Malaysia Development Berhad. Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan 15 April hingga 3 Mei tahun depan untuk perbicaraan kes berkenaan selepas pihak pendakwaan diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram dan pembelaan diketuai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bersetuju dengan tarikh berkenaan. Terdahulu, 25 pertuduhan itu dibacakan terhadap Najib, 65, dan beliau mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan itu. Pada 20 Sept lalu, kes itu disebut di Mahkamah Sesyen di sini di hadapan Hakim Azura Alwi, namun dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 16 Nov lalu selepas permohonan pembelaan itu tidak dibantah oleh pihak pendakwaan. Ketika prosiding hari ini, Sri Ram...

Polis tembak mati lelaki acu parang

GEORGE TOWN -- Polis menembak mati seorang lelaki selepas dia menyerang anggota polis yang cuba meleraikan pertengkaran antara dia (suspek) dengan seorang lelaki lain dalam kejadian di perkarangan Komtar, di sini pada petang Jumaat Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian pukul 3.10 petang itu, suspek berusia 41 tahun itu dikatakan bertengkar dengan seorang lelaki berusia 70 tahun sebelum anggota polis yang bertugas di Pondok Polis Komtar cuba meleraikannya. "Anggota polis itu telah menerima maklumat bahawa seorang lelaki (suspek)  tidak berpuas hati dengan seorang lelaki lain dan berlaku pertengkaran antara mereka sehingga  suspek bertindak menendang kereta warga emas berkenaan dan polis tersebut pergi ke lokasi kejadian bagi meleraikannya (pertengkaran). "Anggota tersebut telah memperkenalkan dirinya sebagai polis namun tidak diendahkan oleh lelaki itu (suspek)," katanya ketika ditemui di lok...

Siapa Ahli Parlimen paling kaya, dan berapa nilai Tun M

PUTRAJAYA -- Anggota Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mengisytiharkan jumlah aset kira-kira RM75.8 juta, yang tertinggi direkodkan dikalangan anggota  parlimen kerajaan sehingga 23 November. Berdasarkan Portal Pengisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) ( https://mydeclaration.sprm.gov.my/ ), Ngeh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Perak mengisytihar aset itu bagi diri sendiri, isteri dan anak. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan jumlah aset RM32.35 juta bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kedua tertinggi yang direkodkan di kalangan anggota parlimen kerajaan setakat ini.   Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof bersama isterinya pula mengisytiharkan aset berjumlah RM23.07 juta. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah mengisytiharkan aset ...

Malaysia tidak akan meratifikasi ICERD

KUALA LUMPUR -- Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD). “Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini,” menurut kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri. Media sebelum ini melaporkan isu ICERD itu mendapat pelbagai reaksi daripada segenap lapisan masyarakat termasuk menteri, anggota Parlimen, badan bukan kerajaan dan orang ramai. Ada yang mengadakan demonstrasi membantah hasrat kerajaan untuk meratifikasi konvensyen itu. Kerajaan sebelum ini dilaporkan berkata sedang mendengar pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan mengenainya, l...