Skip to main content

Posts

Showing posts from November 1, 2018

Polis akan teliti dakwaan Justo

KUALA LUMPUR -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti dakwaan  bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo yang mengaku pernah dipaksa untuk membuat pengakuan secara terbuka bahawa Datuk Seri Najib Razak adalah seorang yang baik. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tidak menolak kemungkinan dakwaan itu ada kaitan dengan kenyataan yang diambil ketika beliau (Justo) di Bangkok, tiga tahun lepas. "Kita akan lihat serta memperincikan dakwaan itu sebelum pengesahan akan dibuat. "Kita juga akan melihat serta mengenalpasti tujuan dakwaan itu dinyatakan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Seminar Pemantapan Integriti Bebas Rasuah Warga PDRM di sini, hari ini.  Semalam, pemberi maklumat warga Switzerland  itu mengaku terdapat pihak berkuasa Malaysia yang datang bertemunya sebelum ini di penjara Bangkok dan antara mereka ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Bebas beragama tidak bermaksud bebas mempromosi agama

KUALA LUMPUR -- Kebebasan beragama tidak bermaksud bebas untuk mempromosi  mana-mana agama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata perkara ini yang selalu menjadi perdebatan pelbagai pihak walaupun telah  diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. “Mungkin apa perlu dibincang di sini ialah beberapa perdebatan tentang Artikel 11 iaitu kebebasan untuk beragama cuma dengan kaveat 11(4), tidak boleh promosi, itu isunya yang mungkin jadi perdebatan,” katanya di Dewan Rakyat. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin tahu reaksi kerajaan mengenai kritikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap penangkapan 50 penganut Syiah di Kelantan baru-baru ini yang menurut mereka menafikan hak Perlembagaan individu terbabit untuk kebebasan beragama. Mujahid berkata pihak kementerian terbuka menerima pandangan dan pendapat pelbagai pihak termasuk Suhakam dalam isu agama. “Tetap

Kelantan luluskan RM50,000 setahun untuk ADUN pembangkang

KOTA BHARU -- Kerajaan Negeri meluluskan pemberian peruntukan berjumlah RM50,000 setiap tahun kepada setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bermula tahun hadapan. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata peruntukan itu akan diberi kepada lapan ADUN pembangkang membabitkan jumlah RM400,000. “Ia adalah peruntukan pembangunan kecil berjumlah RM50,000. Memang tidak sama dengan wakil kerajaan kerana anak sendiri dengan anak angkat adalah tidak sama. “Kita berharap wang berkenaan digunakan dengan baik demi membantu rakyat Kelantan,” katanya pada sesi penggulungan Belanjawan 2019 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini. Mohd Amar berkata peruntukan itu akan diberi bermula Januari hadapan dan ia sudah dimasukkan dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan Isnin lepas. Sementara itu, Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) berkata peruntukan yang diberikan Kerajaan Negeri kepada A

Bapa mangsa cabul Ahli Parlimen rayu henti tular gambar anak

KANGAR -- Bapa mangsa cabul bawah umur melibatkan seorang anggota Parlimen di Perlis merayu kepada semua pihak agar berhenti menularkan gambar anaknya demi menjaga privasi remaja itu yang masih bersekolah. Kontraktor berusia 39 tahun itu berkata, pihaknya juga berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat punca yang menyebabkan gambar pada kad pengenalan anaknya tular dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku yang tidak bertanggungjawab itu. “Anak saya OK dan dia sudah tidak terkesan dengan insiden itu dan menganggap perkara itu hanya sebagai salah faham dan sebab itulah dia menarik semula laporan yang dibuat. “Lagipun semasa laporan dibuat kami tidak jelas apa yang berlaku, namun setelah ada wakil (suspek) menerangkan perkara sebenar dan menyampaikan permohonan maaf, barulah kami faham dan tarik balik laporan,” katanya dalam satu pertemuan bersama pemberita di sini. Beliau berkata, dakwaan keluarganya 'disogok’ juga adalah tidak benar. “Laporan

Father of three jailed 50 years, four strokes of the cane for sexual assault on children

MELAKA -- A father of three was sentenced to a total of 50 years’ jail and four strokes of the cane by the Sessions Court here today on six charges of committing physical and non-physical assault on two teenage boys. Judge Elesabet Paya Wan handed down the sentence on fruit trader Md Zhafran Bakar, 31, after he pleaded guilty to the charges. The man, who was unrepresented, was sentenced to 10 years’ jail and a stroke of the cane on each of the four charges for physical sexual assault and five years jail on each count for the two charges with committing non-physical sexual assault on the two boys by making them watch a pornographic video. However, he was ordered the serve the jail sentences concurrently from the date of arrest, which was last Oct 21, meaning he would only be in jail for 10 years.  Md Zhafran was charged with four counts of committing physical sexual assault on the two victims, aged 14 and 15, at a hotel in Batu Berendam here, between 1.05 am and

Bekas jurulatih terjun diperintah bela diri

KUALA LUMPUR -- Bekas jurulatih pasukan terjun kebangsaan Huang Qiang diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang atlet penerjun wanita, tahun lepas. Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepaskan dan  membebaskan Huang Qiang, 36, daripada pertuduhan itu pada 9 April lepas. Dalam penghakimannya hakim itu berkata, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Huang Qiang dan kemudiannya membatalkan perintah melepaskan dan membebaskan lelaki itu oleh Mahkamah Sesyen. "Oleh itu responden (Huang Qiang) diperintah untuk membela diri atas pertuduhan yang dituduh ke atasnya," katanya, dan menambah, hakim Mahkamah Sesyen Noradura Hamzah telah terkhilaf dalam membuat keputusan terhadap Huang Qiang pada akhir kes pendakwaan. Hakim itu juga berkata keterangan dalam aplikasi WeChat dan saksi-saksi p

Tiga beradik perompak sotong

KUANTAN -- Tiga beradik termasuk seorang pegawai agensi kerajaan dan dua rakan mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini atas pertuduhan melakukan rompakan menggunakan pistol pada Rabu lepas. Muhamad Aminruddin Kamal Bashah, 31; Muhammad Nur Adnan Shah Kamal Bashah, 29; Muhammad Suhaimi Abdullah, 20; Abdullah Saat, 56; Muhmmad Rezal Kamal Bashah, 39; membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. Mengikut kertas pertuduhan, kelima-lima suspek telah bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan iaitu merompak satu tan metrik sotong yang bernilai RM20,000 di atas sebuah bot nelayan yang diketuai tekong warga asing dengan menggunakan sepucuk pistol. Kesalahan dilakukan pada Rabu lepas kira-kira pukul  3.14 pagi di perairan Rompin. Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat. Pendakwaan dilakuk

Ahli Parlimen digesa tidak pegang jawatan dalam persatuan sukan

KUALA LUMPUR -- Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini membuat ‘teguran’ terhadap Anggota Parlimen termasuk dari pihak kerajaan agar tidak lagi menerima lantikan bagi menerajui persatuan sukan di negara ini. Syed Saddiq berkata walaupun perkara itu di luar bidang kuasa beliau sebagai menteri, teguran itu perlu dibuat bagi mengelak berlakunya campur tangan politik dalam sukan, yang mungkin menjejaskan masa depan sukan di negara ini. "Saya ingin memberi teguran, kalau boleh tolonglah jangan lagi terima lantikan sebagai presiden atau pengerusi bagi persatuan-persatuan sukan sedia ada. Mungkin perkara ini nampak kecil tetapi implikasinya besar. "Bila terima (lantikan), nanti (kementerian) dapat surat-surat memaklumkan kementerian perlu beri peruntukan tambahan (untuk persatuan sukan ini) walhal di negara maju tidak ada orang politik yang mengetuai persatuan sukan ini," katanya ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia

Govt will not give in to demands to ban Grab

KUALA LUMPUR -- Transport Minister Anthony Loke Siew Fook has reiterated that the  government will not give in to the demands of taxi drivers who want the authorities to ban e-hailing (e-call) services using private cars, in particular Grab. He said the government was aware of the problems faced by taxi drivers, but the issues need to be looked at more thoroughly, not only from the perspective of taxi drivers but also that of passengers. He also said that the ministry had come up with a win-win formula to protect the welfare of taxi drivers and drivers who use the services of e-call companies. "Our purpose is to encourage taxi drivers to use e-hailing applications, whether it is from Grab or other companies, (we should) not focus on Grab only as there are 20 to 30 e-hailing companies in the country, there are many more options,” he said when winding up the Half Term Review of the 11th Malaysia Plan  for the ministry. He also urged MPs to use allocations in their respe

Penyakit jantung iskemik punca kematian utama rakyat Malaysia

PUTRAJAYA -- Penyakit jantung iskemik kekal sebagai punca kematian utama rakyat Malaysia dengan bilangan kematian sebanyak 13,503 atau 13.9 peratus pada tahun lepas. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata laporan Perangkaan Sebab Kematian Malaysia 2018 menunjukkan jumlah itu meningkat sebanyak 0.7 peratus berbanding tahun 2016. "Penyakit jantung iskemik merupakan sebab kematian utama di 70 daerah dan peratusan tertinggi dicatatkan di daerah Alor Gajah, Melaka iaitu 19.8 peratus," katanya.  Katanya penyakit pneumonia dikenal pasti sebagai sebab kematian kedua tertinggi dengan 12.7 peratus diikuti penyakit berkaitan angin ahmar (7.1 peratus), kemalangan jalan raya (4.6 peratus) dan malignant neoplasm (ketumbuhan dengan kanser) pada trakea, bronkus dan paru-paru (2.2 peratus).  "Pneumonia pula merupakan sebab kematian utama di 64 daerah dengan peratusan tertinggi dicatatkan di Kota Setar, Kedah iaitu 21.9 peratus,"

Discussions on MA63 should give justice to Sarawak

KUCHING -- The discussions on the Malaysia Agreement 1963 (MA63) should give justice not only to Sabah, but also to Sarawak as one of the partners in the formation of the country, said Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. In fact, he said the appointment of members of the MA63 Steering Committee should be made fairly by having equal number of representatives for Sarawak, Sabah and the federal government. “Many of our rights have eroded. I have written to the federal government, to the prime minister, asking for justice in the effort to resolve MA63 issues. If we really are a partner, then the number of representatives (in the committee) should be five for Sarawak, five for Sabah and five for the federal government. “The discussions on MA63 must also cover the financial obligation of the federal government to Sarawak as stated in Article 112 D. All discussions on MA63 could affect the development in Sarawak including the Malay community,”​​​​​​​ he said in hi