Skip to main content

Bebas beragama tidak bermaksud bebas mempromosi agama


KUALA LUMPUR -- Kebebasan beragama tidak bermaksud bebas untuk mempromosi  mana-mana agama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata perkara ini yang selalu menjadi perdebatan pelbagai pihak walaupun telah  diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Mungkin apa perlu dibincang di sini ialah beberapa perdebatan tentang Artikel 11 iaitu kebebasan untuk beragama cuma dengan kaveat 11(4), tidak boleh promosi, itu isunya yang mungkin jadi perdebatan,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin tahu reaksi kerajaan mengenai kritikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap penangkapan 50 penganut Syiah di Kelantan baru-baru ini yang menurut mereka menafikan hak Perlembagaan individu terbabit untuk kebebasan beragama.
Mujahid berkata pihak kementerian terbuka menerima pandangan dan pendapat pelbagai pihak termasuk Suhakam dalam isu agama.
“Tetapi apa lebih penting selagi tindakan dilakukan itu (penangkapan 50 penganut Syiah) tidak salah di sisi undang-undang negara, maka kita akan pertahankan apa kita telah kuatkuasakan,” katanya.
Mengenai soalan tambahan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) yang mahu tahu pendirian kerajaan terhadap cadangan Tommy Thomas supaya pengharaman empat buah buku yang ditulis novelis Faisal Tehrani yang didakwa berunsurkan Syiah ditarik balik, Mujahid berkata beliau tidak pasti sama ada itu hanya cadangan atau pandangan biasa Peguam Negara itu.
“Sebagaimana saya kata semua pihak berhak beri pandangan akhirnya yang akan tentukan ialah perundangan negara dan prinsip-prinsip yang telah diputuskan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...