KUALA LUMPUR -- Presiden Perkasa, Datuk Dr Ibrahim Ali memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) yang tidak menjawab permohonan pendaftaran Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra). Ibrahim, yang merupakan Presiden Penaja Putra selaku pemohon, memfailkan permohonan itu melalui sistem e-filing di Mahkamah Tinggi di sini menerusi peguamnya Mohd Khairul Azam Abdul Aziz dengan menamakan Ketua Pengarah RoS dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua. Ibrahim, bekas Anggota Parlimen Pasir Mas, mengemukakan permohonan kebenaran itu menurut Aturan 53 Kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Dalam permohonan itu, Ibrahim memohon perintah mandamus supaya responden meluluskan permohonan pendaftaran parti tersebut yang telah dikemukakan pada Ogos 2018. Beliau juga memohon deklarasi bahawa tindakan responden tidak menjawab permohonannya untuk menubu...