Skip to main content

Anak, menantu dera ibu disahkan ada masalah mental


BUKIT MERTAJAM -- Dua anak dan seorang menantu yang dipercayai mendera ibu mereka yang berusia 64 tahun sehingga warga emas itu cedera di seluruh badan, disahkan mengalami tekanan perasaan dan mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid hari ini berkata ia disahkan melalui rawatan psikiatrik yang dijalankan terhadap anak lelakinya yang berumur 32 tahun serta  anak perempuan dan menantu perempuannya yang masing-masing berumur 35 dan 28 tahun itu.

Katanya pemeriksaan yang dibuat di Hospital Bukit Mertajam (HBM) itu turut mendapati ketiga-tiga individu itu tidak pernah ke hospital untuk menerima rawatan namun pemeriksaan awal doktor pakar mengesahkan mereka mempunyai masalah mental.

“Selain itu, ibu mereka juga turut dibawa untuk menjalani rawatan psikiatrik namun dia tidak memberikan kerjasama dan doktor memerlukan sedikit masa untuk mengetahui keadaan mentalnya,” katanya.

Semalam, jiran keluarga itu menyelamatkan warga emas yang dipercayai didera oleh anak dan menantunya sendiri di Flat Sri Desa Wawasan, di sini.

Ketika diselamatkan, wanita itu mengalami kecederaan teruk di kepala dan seluruh anggota badan, namun dia yang juga dipercayai mempunyai masalah kemurungan, tidak mengaku dipukul oleh anaknya dan mendakwa dia terjatuh.

Nik Ros Azhan berkata siasatan awal mendapati warga emas itu didera sejak empat bulan lepas selepas tinggal bersama-sama dengan kedua-dua anak dan menantunya itu namun dia tidak pernah menceritakan perkara berkenaan kepada anak-anaknya yang lain.

Beliau berkata kedua-dua anak dan menantu warga emas itu tidak bekerja, dan hanya bergantung kepada wang bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya dua cucu warga emas itu yang masing-masing berumur enam dan 10 tahun yang tinggal bersama mereka di rumah itu kini diserahkan kepada saudara terdekat mereka untuk penjagaan sementara.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...