Skip to main content

Posts

Showing posts from November 2, 2018

Kerajaan bayar balik tunggakan cukai kerajaan terdahulu

KUALA LUMPUR -- Kerajaan mempunyai tanggungjawab moral untuk memulangkan kesemua tunggakan bayaran balik cukai kepada individu, syarikat dan rakyat Malaysia dalam tahun 2019, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Menurutnya, sehingga 31 Mei 2018, jumlah tunggakan bayaran balik adalah sebanyak RM35.4 bilion, iaitu RM19.4 bilion dalam bentuk tunggakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan RM16 bilion tunggakan cukai pendapatan. “Bayaran balik ini adalah kepunyaan pembayar cukai dan telah disalahgunakan tanpa kebenaran dan pengetahuan,” kata Lim dalam ucapannya semasa membentang Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat. Beliau mendedahkan bahawa Akauntan Negara Malaysia telah mengesahkan kenyataan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bahawa  hasil  kutipan  cukai  telah  terlebih lapor kerana tidak membayar balik GST dan cukai pendapatan bagi beberapa tahun. Menurutnya, kerajaan baharu mewarisi kedudukan kewangan yang membimbangkan. “Hutang dan

Kecewa Belanjawan 2019 tiada peruntukan Sukma 2020

JOHOR BAHRU -- Kerajaan Johor sedikit kecewa apabila Belanjawan  2019 yang dibentangkan kerajaan tidak menyatakan peruntukan untuk penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2020 yang akan dianjurkan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaann negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata pengelolaan bagi penganjuran sukan itu memerlukan peruntukan kira-kira RM90 juta. Bagaimanapun, beliau akan membincangkan perkara itu bersama kerajaan negeri untuk mendapatkan belanjawan bagi penganjuran sukan tersebut. "Kita kena lihat prasarana yang ada di Johor banyak perlu penambahbaikan. Sebagai contoh, gelanggang bola keranjang dan lapang sasar dibina pada tahun 1992 semasa Johor sebagai tuan rumah yang memerlukan belanja kira-kira RM5 juta. "Selain itu, penambahan fasiliti sukan yang baharu seperti gelanggang petanque yang kita akan bina di kawasan bandaraya Iskandar Puteri sebagai gelanggang utama untuk Sukma," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan sia

Belanjawan PH tidak penuhi manifesto PRU 14

KUALA LUMPUR -- Bekas perdana menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu dalam Belanjawan 2019, termasuk janji untuk menghapuskan tol. Anggota Parlimen Pekan itu berkata walaupun kerajaan ada mengumumkan beberapa subsidi, namun ia tidak memadai dengan janji kepada rakyat yang dilakukan ketika PRU14, Mei lalu. "Begitu juga dengan pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, mereka janji bahawa gaji RM4,000 ke bawah tidak perlu membayar, sebab itulah ramai anak muda sokong mereka tetapi sebaliknya hanya peminjam yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah sahaja dikecualikan," katanya selepas pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat. Pada pembentangan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu, katanya, kerajaan PH juga hanya mengulangi perancangan yang telah dibentangkan oleh kerajaan pimpinanya dahulu. Dalam pada itu

Bantuan Sara Hidup antara RM1,000-RM500 untuk kumpulan bersasar

KUALA LUMPUR -- Kerajaan akan meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat golongan B40 dengan penambahbaikan terhadap pemberian bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah mulai Januari 2019.  Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, berkata di bawah program itu, isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000 dan isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan RM750. BSH sebanyak RM500 juga akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan dari RM3,001 hingga RM4,000, katanya. Sebagai penambahbaikan, beliau berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada empat anak, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur mereka. “Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat anak, maka jumlah BSH yan

Bayaran khas RM500 untuk kakitangan awam

KUALA LUMPUR -- Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2019 mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019, yang pertama bagi kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, di Dewan Rakyat hari ini turut mengumumkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan. “Jumlah bayaran khas ini adalah sebanyak RM1 bilion,” katanya dalam pembentangkan belanjawan sulungnya. Lim berkata berbanding pentadbiran dahulu yang lazimnya menyalurkan bayaran khas pada tahun depan, kerajaan Pakatan Harapan akan menyalurkan bayaran khas tersebut sebelum hujung tahun ini (2018). Lim dalam belanjawan itu berkata kerajaan akan meningkatkan penyampaian perkhidmatan alternatif untuk mengurangkan peranan kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan bukan teras. “Ini akan diperintiskan dalam bidang kebajikan 

Kenaikan tol semua lebuh raya dibeku

KUALA LUMPUR -- Tol motosikal di tiga laluan dimansuhkan manakala kenaikan tol di semua lebuh raya dalam bandar dibekukan pada 2019. Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, mengumumkan kerajaan akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua, Johor, mulai 1 Jan 2019 dengan implikasi kewangan kira-kira RM20 juta setahun. Beliau turut mengumumkan kerajaan akan membekukan kenaikan tol di semua lebuh raya dalam bandar pada 2019 yang melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM700 juta. Dalam pembentangannya yang turut menyentuh mengenai pengangkutan awam, Lim berkata kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan RapidKL mulai 1 Januari tahun depan (2019). Selain itu, beliau berkata pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan bagi bas RapidKL sahaja juga disediakan. Lim berkata kempen berkenaan akan d