Skip to main content

Posts

Showing posts from November 27, 2018

Ini adalah kejadian jenayah - Tun M

KUALA LUMPUR -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman adalah berunsur jenayah dan mereka yang terbabit akan dikenakan tindakan tegas. Perdana Menteri menjelaskan tidak timbul sama sekali isu perkauman mahupun isu agama berhubung rusuhan d kuil tersebut semalam, sebaliknya ia berkaitan pemindahah kuil itu yang terletak di USJ 25, Putra Heights, dekat Subang Jaya, Selangor. Oleh kerana insiden itu berkaitan jenayah, beliau berkata, pihak polis telah diarah untuk mengambil tindakan lanjut bagi menangani serta mengawal situasi berkenaan dengan segera. Beliau berkata amat jelas daripada siasatan awal bahawa kejadian pertama yang berlaku pada awal Isnin mempunyai unsur jenayah, begitu juga kejadian susulan yang melibatkan kerosakan harta benda serta kecederaan kepada anggota polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Katanya, kerajaan kesal dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh penjenayah yang menimbulkan kekacauan di kawasan kuil

Tulang rusuknya patah... - Zuraida

SHAH ALAM -- Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang cedera dalam insiden kekecohan di kuil Sri Mahamariamman di USJ 25, Putra Heights berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata mangsa Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, mengalami beberapa kecederaan parah akibat daripada insiden itu. "Muhammad Adib masih belum sedarkan diri dan pemeriksaan pasukan perubatan menemui beberapa kesan lebam di bahagian dadanya. "Tulang rusuknya turut patah sehingga mengakibatkan kesukaran bernafas," katanya dalam sidang media selepas melawat mangsa di Pusat Perubatan Subang Jaya. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Muhammad Hamdan Wahid. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi tadi, Muhammad Adib dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya  dipercayai dipukul oleh sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam

Kekecohan di kuil tiada kaitan isu perkauman

KUALA LUMPUR -- Tindakan pantas polis membendung kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights, yang menyaksikan 17 lelaki ditahan dalam tempoh kurang 24 jam, meredakan suasana tegang dalam kalangan masyarakat. Penjelasan polis bahawa insiden kekecohan di kuil berkenaan tiada kena-mengena dengan perbalahan perkauman melegakan seluruh masyarakat majmuk Malaysia kerana ia sebenarnya menjurus kepada isu pemindahan kuil dari lokasi asal ke lokasi baharu di Putra Heights yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tapak asal kuil. Berikutan kejadian itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata setakat ini 17 lelaki  warga tempatan ditahan untuk membantu siasatan kejadian yang berlaku 2.30 pagi Isnin, sehingga menyebabkan 18 kereta dan dua motosikal di sekitar kawasan kuil itu dibakar.  Daripada 17 yang ditahan itu, enam daripada mereka mengalami kecederaan dan seorang anggota polis berpangkat koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya turut ceder