KUALA LUMPUR -- Mahkamah Pilihan Raya di sini mengisytiharkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu. Hakim Datuk Azizah Nawawi memutuskan amalan rasuah terbukti telah dilakukan dengan pengetahuan dan persetujuan responden (Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk C. Sivarraajh) dalam pilihan raya itu, iaitu pemberian wang kepada pengundi untuk mendorong mereka mengundi BN. “Bagaimanapun saya tidak akan melaporkan mana-mana individu yang telah dibuktikan pada perbicaraan yang didapati bersalah melakukan amalan rasuah itu kerana ketidakkonsistenan dalam...