Skip to main content

Kemenangan BN di Cameron Highland diisytihar batal


KUALA LUMPUR -- Mahkamah Pilihan Raya di sini mengisytiharkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Hakim Datuk Azizah Nawawi memutuskan amalan rasuah terbukti telah dilakukan dengan pengetahuan dan persetujuan responden (Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk C. Sivarraajh) dalam pilihan raya itu, iaitu pemberian wang kepada pengundi untuk mendorong mereka mengundi BN.

“Bagaimanapun saya tidak akan melaporkan mana-mana individu yang telah dibuktikan pada perbicaraan yang didapati bersalah melakukan amalan rasuah itu kerana ketidakkonsistenan dalam keterangan saksi pempetisyen berhubung identiti orang yang sebenarnya menyerahkan wang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata tidak dipertikaikan bahawa Orang Asli akan mengalu-alukan sebarang bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan daripada semua pihak termasuk pemberian mesin pemotong rumput oleh pempetisyen (calon DAP M. Manogaran) sendiri.

Hakim itu seterusnya berkata bukti menunjukkan wang itu digunakan untuk perbelanjaan harian, tetapi niat penerima tidak relevan, lapor Bernama.

“Saya berpendapat pempetisyen telah berjaya membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa amalan rasuah terbukti iaitu wang itu diberi kepada pengundi sama ada secara langsung oleh responden atau secara tidak langsung melalui Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Anggota Dewan Undangan Negeri Jelai) atau Achom (Orang Asli yang merupakan ejen kepada Wan Rosdy) dan wang tersebut diberi kepada pengundi untuk mendorong mereka mengundi (BN),” katanya dan menambah beliau akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai keputusan itu.

Hakim menyatakan walaupun terdapat percanggahan keterangan saksi semasa perbicaraan itu tentang siapakah yang menyerahkan wang berkenaan, tetapi tidak ada keraguan bahawa wang tersebut telah diserah kepada pengundi Orang Asli.

“Saya berpendapat bahawa perbuatan memberi yang harus dibuktikan. Walaupun terdapat percanggahan, tetapi tidak dipertikaikan bahawa wang itu telah diserahkan kepada Orang Asli. 

“Oleh itu, saya mendapati amalan rasuah telah dilakukan dalam pilihan raya ini dengan pengetahuan responden. Oleh itu, saya mengisytiharkan pilihan raya bagi kawasan Parlimen Cameron Highlands P.078 yang diadakan pada 9 Mei sebagai tidak sah,” katanya.

Dengan keputusan ini, pilihan raya kecil akan diadakan di kawasan berkenaan.
Hakim turut mengarahkan responden (Sivarraajh) membayar kos RM15,000 kepada pempetisyen (Manogaran). 

Beliau membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi termasuk penduduk Orang Asli dalam kawasan berkenaan.

Manogaran, 59, memfailkan petisyen itu pada 4 Jun lepas memohon pengisytiharan bahawa keputusan PRU14 bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands adalah terbatal dan tidak sah kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana (responden) Sivarraajh didakwa merasuah pengundi iaitu penduduk Orang Asli untuk mengundi beliau. 

Beliau juga mendakwa Sivarraajh, yang berkempen bersama-sama Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang kini Menteri Besar Pahang, memberi rasuah kepada pengundi Orang Asli antara RM30 dan RM1,000 melalui beberapa Tok Batin bagi memastikan mereka mengundi Barisan Nasional dalam pertandingan lima penjuru untuk merebut kerusi Cameron Highlands.

Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi itu dengan memperoleh 10,307 undi menewaskan empat lagi calon.

Peguam K. Shanmuga, mewakili Manogaran manakala Sivarraajh diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...