PARIT -- Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan patah tangan kanan dipercayai didera pengasuh wanita di Seksyen Dua, Seri Iskandar, Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata Muhammad Zaheen Affan Mohamad Zulkarnain kini dirawat di Hospital Seri Manjung. Beliau berkata pihaknya menerima laporan polis daripada bapa mangsa kira-kira 11 pagi semalam sebelum menahan pengasuh yang berumur 42 tahun pada 4 petang hari sama. “Sewaktu bapa mangsa mengambil anaknya di rumah pengasuh, beliau bertanyakan keadaan tangan anaknya, namun dimaklumkan suami pengasuh itu bahawa tangan bayi itu terseliuh. Bapa mangsa kemudian membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang sebelum dirujuk ke Hospital Seri Manjung,” katanya, lapor Bernama. Katanya pemeriksaan hospital mendapati terdapat kesan dipulas sehingga menyebabkan tangan bayi tersebut patah. Mohamad Zainal berkata wanita itu direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut...