Skip to main content

Posts

Showing posts from April 29, 2019

Jom, jangan membazir Ramadan ini

KUALA LUMPUR -- Kadar pembaziran yang tinggi dan peruntukan besar untuk pengurusan sisa pepejal setiap tahun mendorong kerajaan untuk mengambil langkah proaktif mengadakan kempen Ramadan Tanpa Pembaziran tahun ini.  Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa pembaziran di negara ini amat membimbangkan sehingga memberi kesan kepada kewangan negara apabila terpaksa memperuntukkan lebih RM2 bilion untuk pengurusan sisa pepejal pada 2017. "Menurut laporan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), rakyat di negara ini membuang 15,000 tan metrik makanan sehari dan 3,000 tan metrik daripadanya adalah makanan yang masih elok dan tidak sepatutnya dibuang. "Tetapi, bahan sisa buangan itu meningkat 15 hingga 20 peratus pada Ramadan. Jadi ubahlah sikap dan apabila ke Bazar Ramadan, fikirlah 10 kali sebelum membeli kerana kita antara yang menyumbang kepada pembaziran yang melampaui batas sehingga boleh merosakkan a

Wanita keldai dadah ditahan bersama 7.2 kg syabu

KOTA KINABALU -- Polis Sabah menahan seorang wanita warga asing dipercayai keldai dadah dan merampas 7.2 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM360,000 di depan sebuah gerai makan, berhampiran kawasan Pelabuhan Sandakan, Selasa lepas. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata suspek berumur dalam lingkungan 40-an itu ditahan pada 5 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan. Omar berkata ketika tangkapan, suspek sedang memegang satu kotak berwarna coklat mengandungi enam bungkusan plastik biskut berwarna merah dan ungu, dan setelah dibuka, polis mendapati dalam setiap paket bungkusan itu mempunyai satu plastik berwarna kuning. "Kesemua bungkusan plastik itu hanya bertujuan mengelirukan polis kerana hasil pemeriksaan lanjut mendapati setiap bungkusan berkenaan mengandungi satu paket plastik jernih berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis metamphetamine. Ini adalah r

SPR kata Lajim layak dilantik pemerhati pilihan raya

SANDAKAN -- Pelantikan Datuk Lajim Ukin sebagai pemerhati pilihan raya semasa Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan adalah mewakili kategori agensi kerajaan yang berkelayakan. Ia di bawah Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) dan tidak mewakili parti politik yang dianggotai. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata pihaknya mengambil maklum berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh BERSIH 2.0, semalam berhubung penyertaan Lajim sebagai pemerhati pilihan raya semasa hari penamaan calon bagi PRK Sandakan. Katanya, BERSIH 2.0 mempersoalkan tindakan SPR yang melantik ahli politik yang aktif iaitu Datuk Lajim Ukin sebagai pemerhati dan diragui boleh bersikap saksama. Dalam satu kenyataan SPR hari ini, Azhar berkata sebagai makluman SPR telah menetapkan kriteria sebagai pemerhati iaitu Agensi Kerajaan berkelayakan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau organisasi berkelayakan yang be

Permohonan Najib ditolak Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Tun Razak untuk mengetepikan tujuh pertuduhan terhadapnya berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersetuju bahawa alasan pertuduhan terbabit cacat adalah tidak berasas. Beliau juga berkata pertuduhan terhadap Najib tidak bersifat pendakwaan dua kali (double jeopardy)  memandangkan setiap pertuduhan adalah berbeza dan sabitan hanya berlaku jika pihak pendakwaan membuktikan setiap pertuduhan.  “Pihak pendakwaan telah menyerahkan kesemua dokumen kepada pembelaan. Setakat ini, perbicaraan sudah berlangsung selama sembilan hari dan 21 saksi telah memberi keterangan dengan pemeriksaan balas yang ekstensif bersama-sama dokumen daripada saksi yang dibenarkan oleh mahkamah ini. “Sukar untuk menerima tertuduh telah dikelirukan,” kata hakim. Beliau juga berkata pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah g