Skip to main content

Wanita keldai dadah ditahan bersama 7.2 kg syabu


KOTA KINABALU -- Polis Sabah menahan seorang wanita warga asing dipercayai keldai dadah dan merampas 7.2 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM360,000 di depan sebuah gerai makan, berhampiran kawasan Pelabuhan Sandakan, Selasa lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata suspek berumur dalam lingkungan 40-an itu ditahan pada 5 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan.

Omar berkata ketika tangkapan, suspek sedang memegang satu kotak berwarna coklat mengandungi enam bungkusan plastik biskut berwarna merah dan ungu, dan setelah dibuka, polis mendapati dalam setiap paket bungkusan itu mempunyai satu plastik berwarna kuning.

"Kesemua bungkusan plastik itu hanya bertujuan mengelirukan polis kerana hasil pemeriksaan lanjut mendapati setiap bungkusan berkenaan mengandungi satu paket plastik jernih berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis metamphetamine. Ini adalah rampasan terbesar pasukan polis Sabah setakat tahun ini.

"Hasil siasatan awal, suspek memperoleh bekalan dadah dari Lahad Datu yang cuba diseludup masuk ke negara jiran dengan menggunakan pengangkutan laut. Siasatan dan risikan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan pembekal dadah berkenaan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Omar berkata suspek yang tinggal di kawasan Batu 4, Sandakan itu tidak mempunyai pekerjaan dan dipercayai berada di Sabah mulai 2014 berdasarkan rekod keluar masuk dari Sabah melalui Sandakan ke Filipina yang tercatat dalam pasport milik wanita berkenaan.

Beliau berkata suspek mempunyai suami yang juga warga asing, namun, suaminya tidak dapat dikesan dan dipercayai menyembunyikan diri ketika suspek ditangkap di gerai makan berkenaan.

Suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari mulai 24 April, dan didapati negatif dadah selepas ujian air kencing dijalankan, katanya.

Sementara itu, Omar berkata, seramai 4,212 orang telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Racun 1952 sepanjang Januari hingga Mac iaitu meningkat sebanyak 744 orang atau 21.4 peratus berbanding 3,468 orang bagi tempoh sama tahun lalu.

Dadah jenis syabu adalah rampasan paling banyak dibuat iaitu sebanyak 9,005.93 gram berbanding 7,087.74 gram pada tahun lepas, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...