KUANTAN -- Dakwaan yang tersebar sejak beberapa hari lepas bahawa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya Zuraida Kamaruddin telah dipecat dari parti itu hanyalah khabar angin. Anggota Majlis Pimpinan Pusat parti itu Datuk Saifuddin Abdullah berkata ia berkemungkinan dilakukan pihak yang mempunyai agenda tertentu. "Mereka masih bersama kita (PKR), perkara itu tidak benar sama sekali, malah saya sendiri tidak mendengar apa-apa tentang perkara itu (soal pemecatan) dari pucuk pimpinan,” katanya. Beliau yang juga Menteri Luar berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Anjuran Persatuan Tionghua Kuantan, di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, dekat sini, hari ini. Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Abd Rahim Muda mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Wan...