Skip to main content

Nik Aziz hanya ada aset bernilai RM15,750


SEMENYIH -- Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Nik Aziz Afiq Abdul menjadi calon pertama membuat pengisytiharan harta dan berharap tindakan berkenaan bakal diikuti tiga calon yang lain.
Nik Aziz Afiq ketika membuat pengisytiharan itu berkata, beliau yang masih bujang dan tinggal dengan bersama kedua ibu bapanya mempunyai nilai aset dianggarkan berjumlah RM15,750.
Dalam akaun bersumpahnya, Nik Aziz Afiq yang menjalankan perniagaan sebagai tukang urut mendedahkan, asetnya terdiri daripada wang simpanan berjumlah RM1,000 di dalam sebuah bank tempatan dan sebuah kereta Perodua Axia yang dibeli pada tahun 2017.
Di samping itu calon berusia 25 tahun itu turut mendedahkan beliau merupakan salah seorang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara dan mempunyai baki pinjaman berjumlah RM19,250.
Katanya beliau berharap tiga orang calon lain yang bertanding dalam PRK berkenaan akan melakukan perkara yang sama.
Dalam pada itu, Nik Aziz Afiq berkata beliau bersedia melakukan pengisytiharan harta setiap tahun sekiranya berjaya memenangi PRK DUN Semenyih pada 2 Mac depan.
“Ia adalah sebagai sebahagian dari komitmen PSM yang mengamalkan ‘toleransi sifar’ terhadap rasuah dan salah guna kedudukan untuk kepentingan diri sendiri,” katanya kepada pemberita selepas membaca pengisytiharan berkenaan, sebelum memulakan kempennya di pasar pagi Semenyih di sini hari ini.
Dalam pada itu aktivis masyarakat berkenaan berkata beliau bersetuju menyertai debat antara calon-calon yang bakal dianjurkan oleh Bersih 2.0.
“Pada hari saya diumumkan sebagai calon mewakili PSM saya ada dihubungi wakil dari Bersih 2.0 bertanyakan sama ada saya sudi menyertai debat anjuran mereka dan pada hari penamaan calon semalam juga, saya ada terima jemputan bertulis dari mereka (Bersih 2.0) berhubung perkara yang sama, dan jawapan saya adalah saya bersedia untuk sertai debat berkenaan,” katanya.
Menurut Nik Aziz Afiq debat berkenaan akan diadakan pada 25 Feb ini di Universiti of Nottingham Malaysia Kampus Semenyih, yang terletak kira-kira empat kilometer dari pekan Semenyih dan amat berharap semua calon yang bertanding akan turut serta dalam debat berkenaan.
PRK DUN Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Ni Aziz Afiq, calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali, Zakaria Hanafi daripada Barisan Nasional dan calon Bebas Kuan Chee Heng. Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor daripada Bersatu yang mewakili PH pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...