PEKAN -- Tiga beranak maut selepas tercampak keluar daripada kereta yang dinaiki mereka dalam kemalangan di Kilometer 55 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin berhampiran Kampung Badong di sini, Selasa. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata mangsa Nor Hasidah Asbullah, 32, dan anaknya Nur Auni Athirah Kamaruddin, 8, dan Muhammad Iffat Rizqi, 2, semuanya disahkan meninggal dunia ditempat kejadian. Kemalangan pada pukul 9.45 pagi itu turut menyebabkan suami mangsa, Kamaruddin Mohd Zin, 33, yang memandu kereta jenis Perodua Alza dan seorang lagi anak mereka Nur Syadni Syakirah, 3, cedera dan kini dirawat di Hospital Rompin. "Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dinaiki keluarga terbabit dari Pasir Gudang, Johor menuju ke Terengganu dipercayai hilang kawalan menyebabkannya berpusing. "Kenderaan itu kemudiannya masuk ke laluan bertentangan dalam keadaan melintang dan terlanggar sebuah lori ais," katanya. Amran berkata pemandu lo...