Skip to main content

Aset TH bernilai RM19.9 bilion tidak dicairkan


KUALA LUMPUR -- Aset bernilai RM19.9 bilion yang dipindahkan daripada Lembaga Tabung Haji (TH) kepada syarikat tujuan khas (SPV) tidak dicairkan, persidangan Dewan Rayat diberitahu.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa  berkata SPV berperanan untuk menjalankan proses rehabilitasi kesemua aset tersebut melalui strategi pengudangan (warehousing) dan penstrukturan semula.

“Selain itu, peranan SPV ialah meneruskan kelangsungan operasi aset yang diambil alih, memaksimumkan nilai ambil pulih dan menebus kesemua instrumen kewangan yang diterbitkan oleh SPV dan dilanggan oleh TH,” katanya.

Beliau menjawab soalan Awang Hashim (PAS-Pendang) mengenai sama ada aset anak syarikat TH telah dicairkan melalui SPV yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan.

Sesi soal jawab itu kemudian kecoh apabila Awang dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mendesak supaya Mujahid menamakan individu yang dilantik sebagai Ketua Pegawai  Eksekutif (CEO) dan Anggota  Lembaga Pengarah SPV.

Mujahid yang tidak memberikan nama secara spesifik berkata CEO bagi syarikat tujuan khas itu berada di bawah MOF Incorporated, manakala Anggota  Lembaga ​​​​​​​Pengarahnya terdiri daripada pegawai Kementerian  Kewangan dan seorang pengarah bebas.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof kemudian menghentikan ​​​​​​​pertelingkahan​​​​​​​itu dengan menyarankan supaya Mujahid memberi jawapan bertulis kepada soalan tersebut.

Bank Negara Malaysia telah mengawal selia TH bermula Januari tahun ini ​​​​​​​sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan ​​​​​​​secara menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Dis 2017.

Kesemua aset yang dikenal pasti dipindahkan kepada SPV itu merangkumi 80 peratus dalam bentuk ekuiti dengan susut nilai melebihi 20 peratus manakala baki dalam bentuk hartanah dengan hasil di bawah dua peratus.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...