Skip to main content

Posts

Showing posts from February 21, 2019

Sirul boleh dihantar pulang dengan syarat...

KUALA LUMPUR -- Sirul Azhar Umar, yang telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu, boleh dihantar pulang ke Malaysia dengan syarat satu aku janji diberikan bahawa hukuman mati itu tidak akan dilaksana. Seorang jurucakap Jabatan Peguam Negara Australia pada Rabu berkata Peguam Negara mesti berpuas hati bahawa sebaik sahaja Sirul Azhar dihantar pulang atas permintaan Malaysia, dia tidak akan berdepan risiko terpaksa menjalani hukuman mati yang telah dijatuhkan ke atasnya. "Akta Ekstradisi Australia tidak membenarkan ekstradisi dari Australia di mana kesalahan itu tertakluk kepada hukuman mati, melainkan jika satu aku janji diberikan bahawa hukuman mati itu tidak akan dikenakan atau, jika dikenakan tidak akan dilaksana," kata jurucakap itu kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama menerusi e-mel. Bernama mengajukan soalan berhubung nasib Sirul Azhar selepas sebuah portal berita Australia

Kanak-kanak mati didera bapa tiri

KUANTAN -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan petang semalam dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nayan berkata mangsa Muhammad Hafiz Abdullah sebelum itu telah dibawa ke klinik kesihatan berkenaan pada 4 petang untuk mendapatkan rawatan, namun setelah diperiksa mangsa didapati telah meninggal dunia. “Pemeriksaan awal oleh doktor mendapati terdapat kesan cedera disyaki akibat penderaan iaitu kesan lebam baru di dada, kesan cucuh api rokok di tapak kaki, bibir pecah, lebam sebelah mata kanan serta luka-luka kecil baru di bahagian kening kanan. “Mayat kini berada di Hospital Pekan dan akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi tujuan bedah siasat pada untuk mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini. Othman berkata hasil soal siasat yang dilakukan, bapa tiri mangsa berusia 54 tahu

Laporan SPRM skandal land swap

PUTRAJAYA -- Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkenaan isu ‘land swap’ atau pertukaran tanah milik Kementerian Pertahanan membabitkan projek pembinaan Kem Paloh, Johor dan Kem Hutan Melintang, Perak. Laporan itu dibuat oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada Menteri Pertahanan, Mohd Nasaie Ismail di ibu pejabat SPRM di sini, susulan hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Kewangan dan Perolehan, yang diketuai Tan Sri Ambrin Buang, terhadap 16 isu ‘land swap’ membabitkan tanah milik Kementerian Pertahanan. Mohd Nasaie yang ditemui media di ibu pejabat SPRM untuk membuat laporan itu berkata kedua-dua projek itu dijalankan oleh pihak swasta hasil pertukaran tanah tapak Kem Kinrara di Selangor dan Kem Rasah di Negeri Sembilan. "Dipercayai terdapat campur tangan politik, kecuaian urus tadbir dan beberapa kesilapan dalam pelaksanaan projek dalam kedua-dua projek itu yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan

Adib alami lebam dinding kanan dada, patah empat tulang rusuk

SHAH ALAM -- Seorang doktor bahagian kecemasan di sebuah hospital swasta memberitahu mahkamah hari ini Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengalami lebam-lebam pada bahagian atas kanan dinding dadanya, selain patah empat tulang rusuk. Dr M. Nantha Kumeran, 39, yang bertugas di jabatan kecemasan  Pusat Rawatan Subang Jaya (SJMC) sejak 2013, berkata laporan X-ray ke atas anggota bomba itu menunjukkan patah pada tulang rusuk kedua, ketiga, keempat dan kelima (di sebelah kanan). "Terdapat juga lebam-lebam pada bahagian atas kanan dinding dada dan apabila saya sentuh bahagian itu, (saya dapat dengar) bunyi retak dan kelihatannya ke arah pneumotoraks (paru-paru kempis).” Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya  Zhafran Rahim Hamzah, yang juga pegawai pengendali inkues kematian Muhammad Adib. Doktor berkenaan yang berkhidmat sejak 10 tahun lepas,  berkata beliau mula memeriksa Muhammad Adib di dalam bilik pemulihan kecemasan SJMC pada awal

Kerajaan patut beri dana kepada parti politik

PUTRAJAYA -- Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) sedang mengkaji cadangan supaya kerajaan memberi bantuan kewangan kepada parti politik seperti yang dilaksanakan di kebanyakan negara maju, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Beliau berkata cadangan itu adalah satu daripada 16 komponen kajian penambahbaikan pilihan raya yang sedang dilihat secara serius oleh ERC dan jawatankuasa itu akan menyediakan formula terbaik bagi memastikan bantuan yang disalurkan adalah adil dan saksama tanpa mengira parti. "Ini akan dikawal oleh badan yang kita akan tentukan dapat mengawal (pembiayaan politik)," katanya pada sidang media selepas sesi mendapatkan maklum balas pemegang taruh bagi penambahbaikan sistem pilihan raya, di sini hari ini. Abdul Rashid berkata ketika ini, terdapat kira-kira 50 parti politik berdaftar di negara ini namun hanya 10 parti yang aktif manakala selebihnya tidak dapat meneruskan aktiviti kerana dihi