Skip to main content

Adib alami lebam dinding kanan dada, patah empat tulang rusuk


SHAH ALAM -- Seorang doktor bahagian kecemasan di sebuah hospital swasta memberitahu mahkamah hari ini Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengalami lebam-lebam pada bahagian atas kanan dinding dadanya, selain patah empat tulang rusuk.

Dr M. Nantha Kumeran, 39, yang bertugas di jabatan kecemasan  Pusat Rawatan Subang Jaya (SJMC) sejak 2013, berkata laporan X-ray ke atas anggota bomba itu menunjukkan patah pada tulang rusuk kedua, ketiga, keempat dan kelima (di sebelah kanan).

"Terdapat juga lebam-lebam pada bahagian atas kanan dinding dada dan apabila saya sentuh bahagian itu, (saya dapat dengar) bunyi retak dan kelihatannya ke arah pneumotoraks (paru-paru kempis).”

Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya  Zhafran Rahim Hamzah, yang juga pegawai pengendali inkues kematian Muhammad Adib.

Doktor berkenaan yang berkhidmat sejak 10 tahun lepas,  berkata beliau mula memeriksa Muhammad Adib di dalam bilik pemulihan kecemasan SJMC pada awal pagi 27 Nov lepas.

Zhafran: “Bagaimanakah pemerhatian kamu?”

Dr Nantha Kumeran: “Dia (Adib) mengalami kesukaran untuk bernafas, dalam keadaan tidak sedarkan diri dan membuat bunyi yang tidak dapat difahami.  Saya memeriksa (kadar denyutan) nadinya, ia kira-kira 145 denyutan seminit, tekanan darahnya adalah 85/46… tahap maksimum oksigen sekitar 48 peratus.”

Zhafran: “Apa lagi?”

Dr Nantha Kumeran: “Tiada baju, kasut atau sarung kaki. Dia (Adib) memakai seluar (seragam) Bomba.”

Doktor itu berkata beliau tidak boleh berkomunikasi dengan Muhammad Adib ketika itu kerana anggota Bomba berkenaan hanya membuat bunyi yang tidak dapat difahami manakala dan tahap kesedarannya pula rendah.

Dr Nantha Kumeran berkata beliau kemudian mengarahkan supaya dibuat pemeriksaan X-ray, yang dilakukan pada  1.35 pagi, 27 Nov di dalam bilik pemulihan itu.

Mengenai laporan X-ray, doktor itu berkata beliau dapat melihat dengan jelas bahawa Muhammad Adib mengalami kontusi paru-paru.

“(Saya dapat lihat) tulang rusuk yang patah (dalam X-ray) tetapi lebih banyak kontusi atau lebam (paru-paru). Kecederaan paru-paru adalah lebih daripada tulang rusuk. Kontusi paru-paru adalah kecederaan pada paru-paru," katanya.

Zhafran: “Apakah penyebab kontusi paru-paru?”

Dr Nantha Kumeran: “Trauma tumpul boleh mengakibatkan kecederaan paru-paru.”

Doktor itu berkata laporan X-ray menunjukkan terdapat tompokan putih di seluruh paru-paru Muhammad Adib, yang bermakna kecederaan paru-paru atau kontusi paru-pasu.

Beliau berkata sebelum pemeriksaan X-ray, intubasi iaitu proses memasukkan tiub menerusi mulut dan kemudian terus ke tenggorok, dilakukan ke atas Muhammad Adib.

Katanya selepas merawat Muhammad Adib selama sejam, beliau berjumpa tiga lelaki India yang membawa Muhammad Adib ke SJMC untuk bertanya apa yang berlaku kepadanya.
Ketiga-tiga mereka menyatakan Muhammad Adib mungkin terjatuh daripada jentera Bomba atau mungkin telah dipukul, katanya.
Muhammad Adib, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lalu di Institut Jantung Negara.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...