KOTA BHARU -- Polis Kelantan percaya penggunaan daun ketum sebagai alternatif kepada dadah oleh penagih di negeri ini semakin meningkat tahun ini berbanding tahun lalu berdasarkan jumlah rampasan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, rampasan daun ketum sepanjang tahun ini sahaja sudah melebihi 14,000kg berbanding hanya 8,000kg pada 2017. Katanya rampasan terbaru ialah pada Isnin dan semalam, di mana 735kg daun ketum bernilai RM22,050 berjaya dirampas dalam dua kejadian berasingan di Batu Melintang dan Jalan Jeli-Gerik. Mengulas lanjut, beliau berkata kebanyakan daun ketum itu diperoleh dari Kedah dan dibawa untuk edaran di Kelantan dan ada yang dipercayai diseludup ke negara jiran. "Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam 19 Nov lalu, polis berjaya merampas 235kg daun ketum selepas menahan sebuah van dinaiki dua lelaki berasal dari Alor Setar dan Kuala Nerang, Kedah. "Pemeriksaan yang dilakukan dalam van itu menjum...