Skip to main content

Bukan sebab mereka pemimpin UMNO


PUTRAJAYA -- Tun Dr Mahathir Mohamed berkata siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pemimpin UMNO bukan disebabkan mereka daripada parti itu tetapi kerana pelakuan jenayah.
Perdana Menteri berkata SPRM mempunyai beribu kes untuk disiasat ketika pemerintahan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kita tidak boleh membuat 1,000 kes dalam sehari. Kita tumpu (kes) yang besar sahaja dan yang besar-besar ini melibatkan (pemimpin) UMNO.
“Sebab itu, kita mengambil tindakan terhadap orang ini, bukan kerana dia (ahli) UMNO tetapi kerana dia melakukan jenayah,” katanya ketika ditanya sama ada SPRM melakukan penyiasatan terpilih ekoran hanya pemimpin UMNO sahaja yang didakwa dengan kes rasuah.
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai AntiRasuah (JKKMAR) di Bangunan Perdana Putra.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata SPRM boleh membuka semula kes pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia bernilai RM4.67 bilion sekiranya mempunyai bukti yang mencukupi dan keraguan.
Ditanya sama ada beliau mengetahui SPRM membuka semula kes pembelian Scorpene, beliau berkata: "Saya tidak menyedari perkara itu”, lapor Bernama.
Media melaporkan bahawa Najib hadir ke ibu pejabat SPRM pada Isnin lalu bagi memberi keterangan berhubung kes pembelian Scorpene.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata SPRM akan menyiasat dakwaan bahawa sebuah kementerian telah memberikan lapan daripada 10 kontrak secara terus kepada anak seorang menteri.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...