Skip to main content

Posts

Showing posts from April 5, 2019

Jangan lepaskan peluang memiliki setem lebah madu

KUALA LUMPUR -- Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem baharu menampilkan spesies lebah untuk menanam kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan pemuliharaan dan mendapatkan madu yang betul bagi memastikan serangga itu tidak pupus. “Siri setem lebah madu di Malaysia akan mula dijual pada 9 April,” kata Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Diyana Lean Abdullah pada sesi taklimat media di sini hari ini. Spesies lebah madu yang dipaparkan dalam siri setem itu ialah Apis Dorsata (Lebah Tualang), Apis Cerana (Lebah Kampung) dan Apis Andreniformis (Lebah Kerdil Hitam). “Sebanyak 600,000 keping (200,000 keping bagi setiap paparan) setem akan dihasilkan bagi siri ini. Setiap helaian setem berharga RM12 dan mengandungi 20 keping setem. “Selain itu, Pos Malaysia juga akan mengeluarkan 22,000 Lembaran Mini (MS) menampilkan ratu lebah Kelulut, lebah jantan dan lebah pekerja (Heterotrigona Itama) serta 27,000 Sampul Surat Hari Pertama (

Dr Noraini is the right choice

KUALA LUMPUR -- The proposal to nominate Datuk Dr Noraini Ahmad as chairman of the Public Accounts Committee (PAC) was in line with the manifesto of Pakatan Harapan (PH). Segambut MP Hannah Yeoh said the proposal to appoint Parit Sulong MP would be well-received to ensure the opposition lead PAC and to have transparency in the check and balance of government management. Yeoh who is Deputy Women, Family and Community Development Minister also looked forward to the good news that Permatang Pauh MP Nurul Izzah Anwar would be returning to PAC following the appointment of an opposition representative from Barisan Nasional (BN) to head the committee. “We welcomed Nurul Izzah’s decision to return to PAC as I feel we have a lot of work to do and needed the assistance of all quarters,” she told reporters after the Excellent Award Presentation and launch of Smart Classrooms of Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manjalara here today. On March 22, Nurul Izzah decided to qui

Dr Streram, not a problem for Malay voters in Rantau

SEREMBAN -- Having a non-Malay as their assemblyman is not an issue to Malay voters in the state constituency of Rantau here, which is having a by-election on April 13. This bodes well for Pakatan Harapan’s (PH) candidate Dr S. Streram, an Indian doctor, in the by-election. This is because racial unity in the constituency is very strong and they  (Malay voters) believe that whoever wins, the elected representative will focus on the welfare of the people. Abd Ghani Md Yusof, 68, from Kuala Sawah, Rantau,  said he saw Dr Streram as a responsible person and capable of serving the people in the area irrespective of ethnic background. "I believe he will serve this area well. This is because, as a doctor, he has served in other countries like Afghanistan, a war-stricken country," he told. Md Salleh Banic, 71, shared the same opinion, saying that religion and ethnic background had nothing to do with good performance of an elected representative as long

Bekas pegawai KBS gagal ketepi hakim

KUALA LUMPUR -- Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Otman Arsahd gagal dalam permohonannya untuk mengetepikan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi daripada mendengar perbicaraan kesnya, dan memindahkan kes itu untuk didengar di hadapan hakim Mahkamah Sesyen yang baharu. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Rozana Ali Yusof juga memerintahkan perbicaraan kes itu didengar di hadapan hakim Mahkamah Sesyen yang sama sehingga kes selesai. Dalam penghakimannya Rozana berkata keputusan isu penarikan seseorang hakim bicara hanya boleh dicabar atas alasan berat sebelah sebenar atau bahaya berat sebelah sebenar dan bukan atas alasan berat sebelah yang jelas. "Alasan kemungkinan wujud 'real danger of bias' di hadapan hakim bicara yang sama tidak mempunyai merit, oleh itu permohonan ini ditolak dan saya arahkan perbicaraan di jalankan dihadapan hakim yang sama sehingga selesai," katanya. Katanya berdasarkan rekod, 63 s

Calon bebas harap tuah logo

SEREMBAN -- “Imej pokok ini tumbuh membesar dan berbagai. Malah, apabila ditanam di tebing sungai, ia berbuah dengan lebat dan memberikan tempat teduh,” kata, ca lon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau R. Malarvizhi berharap pilihannya menggunakan logo ‘pokok’  dapat memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang lebih pesat di kawasan itu. Berdasarkan pengalaman membesar di Rantau, katanya pekan kecil yang terletak dalam daerah pentadbiran Seremban itu masih belum melalui perkembangan yang maju, terutamanya dari segi kemudahan infrastruktur dan pengangkutan. Menurutnya, logo ini juga diharap dapat memberi mesej yang lebih mendalam kepada para pengundi di kawasan itu yang memerlukan begitu banyak perubahan. Malarvizhi akan berdepan saingan empat penjuru dengan calon Pakatan Harapan Dr S. Streram, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan dan seorang lagi calon bebas iaitu Mohd Nor Yassin bagi PRK Rantau, 13 April ini.

Nelayan didakwa bunuh kekasih

GEORGE TOWN -- Seorang nelayan hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang wanita pada 30 Mac lepas. Ali Ahmad, 55, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret L. Umma Devi. Tiada pengakuan direkodkan bagi kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan, kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Ali didakwa membunuh Surinder Kaur Bedi Kirpal Singh, 37, di tepi jalan Persiaran Bayan Indah, dekat sini di antara pukul 10 malam dan 10.45 malam pada 30 Mac lepas. Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi semakan laporan kimia dan bedah siasat. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Syafiq Nasrullah dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Peniaga didakwa terima RM430,500 tanpa lesen

SEREMBAN -- Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban di sini, hari ini atas pertuduhan me­nerima wang berjumlah RM430,500 daripada seorang lelaki tanpa lesen berhubung pelaburan pada Jun 2016 hingga Ogos 2016. Roslina Abu Bakar, 56, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim G. Ramesh. Wanita itu didakwa menerima deposit daripada seorang lelaki, Azizan Abd Rashid, sebanyak RM430,500, sebagai suatu pelaburan sedangkan dia tidak mempunyai lesen di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 26 Jun 2016 hingga 26 Ogos 2016 antara pukul 5.14 petang hingga 8.54 malam, bertempat di mesin Deposit Tunai CIMB Rembau, mengikut Seksyen 137 (1) Akta sama yang boleh dihukum menurut Seksyen 137 (2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-duanya. Timbalan Pendakwa Raya Nur Akmal Mohamad Azrie meminta mahkamah memberi jam

Bekas pegawai Felcra direman dapatkan pemilikan 13 lot tanah

IPOH -- Seorang bekas pegawai Felcra Urus Estet Changkat Jong, dekat Teluk Intan, di sini, direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan pemilikan 13 lot tanah antara 2007 hingga 2018. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pegawai Undang-undang Mahkamah Sesyen Azuratul Akmar Abdul Ghafar bermula hari ini hingga Isnin depan. Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki itu ditahan selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Meru, di sini, pada pukul 11.17 malam tadi (Khamis). Suspek dipercayai mendapatkan pemilikan tanah itu dengan cara menamakan kroni-kroninya kepada pihak Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah Hilir (JKPTD) Perak sebagai peserta di satu kawasan Rancangan Pertanian Berkelompok di bawah Projek Tanah Milik Felcra Berhad sebelum dipindah milik kepada diri sendiri dan saudaranya selepas lima tahun. Berikutan pemilikan 13 lot tanah berkenaan, suspek dan saudaranya t