Skip to main content

Bekas pegawai Felcra direman dapatkan pemilikan 13 lot tanah


IPOH -- Seorang bekas pegawai Felcra Urus Estet Changkat Jong, dekat Teluk Intan, di sini, direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan pemilikan 13 lot tanah antara 2007 hingga 2018.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pegawai Undang-undang Mahkamah Sesyen Azuratul Akmar Abdul Ghafar bermula hari ini hingga Isnin depan.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki itu ditahan selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Meru, di sini, pada pukul 11.17 malam tadi (Khamis).

Suspek dipercayai mendapatkan pemilikan tanah itu dengan cara menamakan kroni-kroninya kepada pihak Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah Hilir (JKPTD) Perak sebagai peserta di satu kawasan Rancangan Pertanian Berkelompok di bawah Projek Tanah Milik Felcra Berhad sebelum dipindah milik kepada diri sendiri dan saudaranya selepas lima tahun.

Berikutan pemilikan 13 lot tanah berkenaan, suspek dan saudaranya telah menerima bayaran dividen daripada pihak Felcra Berhad dengan jumlah terkumpul lebih RM1 juta bermula tahun 2008 hingga sekarang sebagai peserta Projek Tanah Milik Felcra di tanah berkenaan.

Suspek juga disyaki giat meminta wang rasuah berjumlah RM40,000 bagi setiap ekar tanah daripada beberapa penduduk setempat atau kenalannya di antara 2012 hingga sekarang.

“Ia sebagai balasan supaya suspek menggunakan kedudukannya di Felcra terbabit dalam memasukkan nama-nama mereka ke dalam JKPTD Hilir Perak untuk mendapatkan tanah tersebut termasuklah tanah berstatus rizab Melayu kepada bukan Melayu,” katanya.

Hasil penggeledahan di rumah tertuduh menemukan harta yang disyaki dimiliki hasil kegiatan rasuah iaitu dua buah kenderaan jenis Toyota Harrier dan Toyota Hilux, dua set perabot sofa mewah, 22 buah beg tangan mahal berjenama, sembilan geran lot tanah atas nama saudaranya dan saudaranya serta sebuah banglo anggaran bernilai lebih kurang RM600,000.

Jumlah keseluruhan aset yang dimiliki oleh suspek dianggarkan melebihi RM1 juta berbanding kemampuan emolumen yang diraih oleh suspek.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...