Skip to main content

Posts

Showing posts from October 1, 2018

Anwar akan menang - penganalisis

PORT DICKSON -- Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka  tidak menghadapi  masalah untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sekalipun berdepan enam  calon lain, namun persoalan yang dibangkitkan kebanyakan pihak ialah kemampuannya meraih majoriti lebih besar berbanding penyandang sebelum ini. Mereka mendasari keperluan majoriti lebih besar itu sebagai cerminan sokongan dan penerimaan rakyat terhadap bakal perdana menteri kelapan tersebut sementelah Anwar juga pernah menjadi orang ‘Nombor Dua’ negara. Namun, tidak semua bersetuju dengan pandangan tersebut selepas mengambil kira statistik tiga PRK sebelum ini yang masing-masing merekodkan peratusan keluar mengundi antara yang terendah  dalam sejarah pilihan raya negara sekalipun k...

Peguam suruh mengaku bunuh Kevin Morais

KUALA LUMPUR -- Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa peguam Datuk N. Sivananthan yang mewakili tertuduh pertama, Kolonel Dr R. Kunaseegaran telah menyuruhnya mengaku bersalah melakukan perbuatan itu. S. Ravi Chandaran, 47, berkata peguam itu turut berjanji untuk membebaskannya daripada tuduhan yang dihadapinya dan membelanya di Mahkamah Rayuan jika dia membuat pengakuan itu. “Datuk Sivananthan suruh saya mengaku di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau akan membela saya dan akan keluarkan saya,” katanya ketika pemeriksaan balas peguam Jasmine Cheong Chi May yang turut mewakili Dr Kunaseegaran, pada prosiding membela diri yang masuk hari ke-23, hari ini. Ketika ditanya Cheong  adakah Ravi Chandaran tahu bahawa undang-undang di Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh mengaku bersalah di bawah Seksyen 302 K...

Bekas pekerja kilang selamat dari tali gantung

GEORGE TOWN -- Seorang bekas pekerja kilang terselamat daripada tali gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah, tiga tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohammad Bakri Mazlan, 25 di akhir kes pendakwaan. Dalam penghakimannya Abdul Wahab berkata tertuduh tiada pengetahuan mengenai dadah serta bukan pemilik dadah. "Berdasarkan keterangan daripada saksi pendakwaan kelapan, tertuduh hanya menerima arahan daripada seorang individu dan hanya menurut arahan itu dengan mengambil  12 bungkusan yang terdiri daripada barang-barang yang diseludup dan bukannya dadah, dari laut dan dibawa ke lori," katanya.  Abdul Wahab berkata tertuduh juga tidak mengetahui bahawa bungkusan yang dibawa itu adalah dadah. Mengikut pertuduhan pindaan, ...

Lokman Noor, carilah modal lain

PORT DICKSON -- Calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan sebarang fitnah atau tuduhan kerana mahu fokus sepenuhnya berkempen dalam usaha memenangi Pilihan  Raya Kecil (PRK) Port Dickson.  Ketua Umum PKR itu berkata beliau telah melalui pelbagai tuduhan hampir 20 tahun dan meminta pihak yang terlibat supaya mencari modal lain bagi menentangnya. "Saya mahu terus dengan kerja saya, 20 tahun dah saya lalui ini (fitnah), sudahlah... saya juga ingin beri nasihat kepada (Datuk) Lokman Noor Adam (anggota Majlis Tertinggi UMNO) sudahlah, carilah modal lain. “Malah bila Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (Pengarah Komunikasi PKR) membuat laporan polis pun, beliau tidak memaklumkan saya. Kalau maklum pun, saya akan buat tidak tahu sahaja... malas saya nak fikir,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PH di sini, hari ini. Semalam, Lokman Noor menerusi s...

Mahkamah benarkan kubur Nazrin digali semula

PETALING JAYA -- Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin membenarkan permohonan pihak polis untuk menggali semula kubur jenazah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Jun lalu. Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas mendengar permohonan pihak polis yang diwakili pegawai penyiasatnya. Hasil semakan di mahkamah mendapati bahawa permohonan itu dibuat untuk mendapatkan mayat Nazrin bagi menjalankan bedah siasat kali kedua dan difahamkan  proses menggali semula kubur itu akan dibuat pada Rabu ini. Terdahulu, beberapa anggota keluarga Nazrin tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada 9.40 pagi sebelum keluar kira-kira 40 minit kemudian. Ketika ditanya media mengenai permohonan berkenaan,  pegawai penyiasat kes itu enggan memberikan sebarang maklumat, lapor Bernama. Pada 4 Sept lalu...

Umur persaraan baharu ialah 95 tahun...

LONDON -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali menerajui tampuk pemerintahan negara pada usia 93 tahun, secara berjenaka menyatakan bahawa umur persaraan baharu ialah 95 tahun. Jenaka beliau itu menerima tepukan gemuruh rakyat Malaysia yang bermastautin di United Kingdom ini dalam satu perjumpaan dengan beliau di sini ada Ahad. Dr Mahathir lalu menambah bahawa beliau berharap akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang telah membelenggu negara walaupun beliau tidak berhajat untuk "duduk lama" dalam jawatan itu. "Saya berharap saya dapat terus bekerja sehinggalah saya bersara nanti," kata negarawan ulung itu. Ketika ditanya sama ada isteri  beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali gembira dengan penangguhan persaraan beliau itu, Dr Mahathir berkata beliau (Siti Hasmah) tiada pilihan lain. "Be...

SPRM minta pesalah rasuah dihukum sebat

PUTRAJAYA -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta supaya kerajaan membuat pertimbangan dan kajian terhadap cadangan suruhanjaya itu untuk melaksanakan hukuman sebat ke atas pesalah rasuah. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata cadangan hukuman sebat itu secara langsung mencerminkan usaha serius pihaknya untuk membanteras rasuah secara habis-habisan. "Kalau kesalahan menipu boleh dikenakan hukuman sebat mandatori apatah lagi jenayah rasuah... ia lebih ‘deterrent’ (bersifat pencegahan),” katanya kepada media selepas menghadiri majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena sambutan ulang tahun penubuhan SPRM ke-51 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Jelasnya buat masa ini mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009  hukuman dikenakan ke atas pesalah rasuah hanyalah sehingga maksimum penjara 20 tahun, (selain denda). "Penjara 20 tahun ini adalah maksimum, tetapi kebanyakan mereka akan merayu di mahkamah hin...

Tinggal dua minggu lagi untuk lesen terbang

SEREMBAN -- Pemegang lesen terbang hari ini diingatkan mereka mempunyai masa dua minggu sahaja lagi untuk menyerahkan lesen masing-masing kepada Unit Integriti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri atau berdepan dengan tindakan.  Mengingatkan demikian, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata JPJ mempunyai maklumat terperinci mengenai identiti mereka.  “Kita sudah ingatkan (sebelum ini) semua pemegang atau pembeli lesen terbang supaya kembalikannya kepada JPJ,” katanya kepada pemberita. Maklumat mengenai lesen terbang terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 12 pegawai dan anggota JPJ dari Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak sejak 4 Sept lalu. Selepas tangkapan itu terdapat sekurang-kurangnya dua lagi tangkapan anggota JPJ dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan ini, katanya. Loke tidak mengulas lanjut mengenai tangkapan tersebut, lapor...

UMNO plus PAS, should or shouldn't

KUALA LUMPUR -- UMNO should have its own identity and be independent to be a credible opposition, and should not be in haste to establish co-operation with other parties, especially PAS. Many thought UMNO, after losing at the 14th General Election (GE13), was seen as desperate to form an opposition pact with PAS, whilst the party's internal issues should rightly be a priority at the moment. Political analyst Md Shukri Shuaib said, currently UMNO was seen as overly desperate to co-operate with PAS, in fact the 70-year-old party was successful tamed by PAS. "UMNO should be more dominant as it is stronger than PAS in terms of the number of seats (in Parliament). I think there is no hope of an UMNO and PAS relations in the future. "If viewed from the point of the support of PAS members for UMNO who are still unfriendly with UMNO, there is no profit for the party to hold a friendly relationship with PAS because it is proven ...

Tak sampai lima minit saya dengar suara...

SETIU -- “Saya dah larang kakak supaya jangan mandi jauh dari saya, tapi tak sampai lima minit saya dengar suara meminta tolong,” keluh ibu kepada Nur Qumairah Qistina Mohammad Nizam, 12, yang lemas di lagun Boardwalk, di sini, pada Ahad. Che Azlina Che Muda, 39, berkata sebelum kejadian anak sulungnya itu kerap merayu agar membawa beliau ke situ namun berjanji akan menunaikan permintaan tersebut selepas selesai Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Khamis lalu. “Memang niat nak bawa arwah ke sini lepas habis UPSR. Jadi saya ajak sekali kawan-kawan rapat arwah tiga orang yang memang selalu dengan beliau dalam satu kelas. “Saya tak sangka benda ni nak jadi, pada awalnya kami datang memang nak mandi manda juga tapi tak adalah sampai ke kawasan tengah cuma di kawasan cetek,” katanya ketika ditemui pemberi...

Ringgit to trade between 4.13-4.15 against US dollar this week

KUALA LUMPUR, Sept 29 (Bernama) -- The ringgit is likely to trade in a range of between 4.13 and 4.15 against the US dollar following guidance from fluctuations in the greenback along with worries of a prolonged US-China trade war, a dealer said.  FXTM Currency Strategy & Market Research Global Head Jameel Ahmad said the local currency would not take guidance from Malaysian economic or domestic news over this week. “I don't think we can underestimate more trade tensions coming into the headlines, so I would favour the resumption of emerging market currency pressure next week. “Where the US dollar goes from here as we enter the last quarter of 2018 is a very tough one to call,” he said in note. He said US President Donald Trump’s threat to impose further tariffs on China, as well his warning to exclude Canada from a new North American Free-Trade Agreement (NAFTA) could push the US dollar higher in the near-term over trade...

Bursa Malaysia is expected to improve this week

KUALA LUMPUR -- Bursa Malaysia is expected to improve next week as it enters into the fourth quarter of the year, mainly driven by the firmer crude oil prices and competitive exchange rate, dealers said. Rakuten Trade Sdn Bhd Head of Research Kenny Yee said for next week, he reckoned the benchmark FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) index would again trend at a narrow range of between 1,790 and 1,810 as investors looked for leads on the upcoming Budget 2019 in November. Bank Islam Chief Economist Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid said the FBM KLCI had increased by more than 100 points in the third quarter. He told Bernama that the performance was quite respectable, considering that the markets had to contend with the escalating US-China trade war, the US interest rate rise and possible contagion effect from Turkey and Argentina.  “At this juncture, the F...