Skip to main content

Peguam suruh mengaku bunuh Kevin Morais


KUALA LUMPUR -- Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa peguam Datuk N. Sivananthan yang mewakili tertuduh pertama, Kolonel Dr R. Kunaseegaran telah menyuruhnya mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
S. Ravi Chandaran, 47, berkata peguam itu turut berjanji untuk membebaskannya daripada tuduhan yang dihadapinya dan membelanya di Mahkamah Rayuan jika dia membuat pengakuan itu.
“Datuk Sivananthan suruh saya mengaku di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau akan membela saya dan akan keluarkan saya,” katanya ketika pemeriksaan balas peguam Jasmine Cheong Chi May yang turut mewakili Dr Kunaseegaran, pada prosiding membela diri yang masuk hari ke-23, hari ini.
Ketika ditanya Cheong  adakah Ravi Chandaran tahu bahawa undang-undang di Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh mengaku bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tertuduh menjawab, “saya tidak tahu mengenainya,”.
Kepada cadangan Cheong  bahawa Sivananthan tidak pernah menawarkan dirinya untuk membela tertuduh di Mahkamah Rayuan serta menyuruh tertuduh mengaku bersalah di bawah seksyen itu kerana ia adalah sesuatu yang tidak logik, Ravi Chandaran berkata, “mereka cuma memberitahu saya sebegitu”.
Pada prosiding sebelum ini Ravi Chandaran mendedahkan kepada mahkamah bahawa dia ditawarkan wang RM1.5 juta oleh Dr Kunaseegaran jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.
Lelaki itu mendakwa Dr Kunaseegaran juga memberitahu bahawa beliau akan melantik peguam lain untuk mewakili Ravi Chandaran di Mahkamah Rayuan selepas tertuduh mengaku bersalah.
R. Dinishwaran, A.K Thinesh Kumar, M. Vishwanath; S. Nimalan, Ravi Chandaran, dan Dr Kunaseegaran, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais di dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Dinishwaran, 26, Thinesh Kumar, 25, Vishwanath; 28, Nimalan, 25, dan Ravi Chandaran, diwakili peguam V.Rajehgopal manakala Dr Kunaseegaran, 55, diwakili peguam Sivananthan  dan Cheong manakala pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin. 
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...