BUTTERWORTH -- Seorang bayi lelaki, Muhammad Syawal Mohd Azani Azuan, berusia sembilan bulan yang menghidap masalah jantung memerlukan RM80,000 bagi menampung kos pembedahan yang perlu dijalankan secepat mungkin. Bapa kepada bayi malang itu, Mohd Azani Azuan Abdul Halim, 28, hari ini berkata terdahulu, anaknya mengalami komplikasi usus sejak dilahirkan pada 1 Julai 2018 dan terpaksa menjalani pembedahan, namun sebulan selepas pembedahan usus itu, doktor mengesahkan anaknya mengalami kongenital jantung. "Jika waktu anak saya aktif, maka bibir dan jarinya akan bertukar warna menjadi kebiru-biruan. Tambahan lagi dia sukar untuk tidur pada waktu malam," katanya sambil menambah komplikasi yang dihadapi anaknya termasuk jantung berlubang, injap jantung sempit, blok jantung bengkok dan otot jantung bengkak. Bercakap dalam satu sidang akhbar di sini, beliau yang bekerja di sebuah kilang di Bayan Baru dekat sini sanggup menggadaikan apa sahaja harta yang ada bagi m...