Skip to main content

Panik punya pasal, lesap RM239,000


MIRI -- Seorang wanita terpaksa berputih mata apabila wang simpanan berjumlah RM239,000 lesap akibat diperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt  Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang suri rumah berusia 40 tahun di sini telah dihubungi seorang lelaki mendakwa sebagai pegawai Kastam pada 4 April mengatakan mangsa mempunyai hutang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM45,700,00 bagi sebuah syarikat didaftarkan atas nama mangsa.

"Mangsa menafikan perkara tersebut dan mangsa kemudian disambungkan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai polis yang memberitahu mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram berjumlah RM1.2 juta,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafa berkata, mangsa telah diugut samada menyerah diri atau membuat pemindahan wang dari akaun mangsa ke akaun suspek  untuk tujuan siasatan dan jika mangsa tidak berkerjasama akan ditahan polis.

"Mangsa dalam keadaan panik mengikuti arahan suspek dengan membuka akaun baharu serta memindahkan wang mangsa berjumlah RM213,000 dan seterusnya RM26,000 ke akaun suspek," katanya.

Menurutnya,  suspek memindahkan kesemua wang dari akaun mangsa secara dalam talian setelah mangsa memberi maklumat perbankan dalam talian seperti nama pengguna (username) dan kata laluan(password) kepada suspek.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, seorang suri rumah berusia 39 tahun di Bintulu telah kerugian RM2,380 ditipu menggunakan kaedah yang sama pada Khamis lepas juga.

"Mangsa menerima panggilan dari seorang wanita mendakwa sebagai pegawa kastam yang mengatakan mangsa mempunyai hutang GST berjumlah RM51,076 tapi dinafikan mangsa,"katanya.

Beliau berkata mangsa kemudian disambungkan kepada seorang lelaki menyamar sebagai polis yang mendakwa mangsa terlibat dalam sindiket penyalahgunaan dadah berdasarkan semakan nombor Mykad diberi oleh mangsa.

"Mangsa diminta menyelesaikan kes tersebut dengan memindahkan wang berjumlah RM2,380 ke dalam akaun suspek dan mangsa mengikuti arahan suspek dengan memindahkan wang tersebut pada hari yang sama,"katanya.

Katanya, mangsa menyedari ditipu setelah panggilan kepada suspek tidak dijawab.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...