Skip to main content

Posts

Showing posts from October 16, 2018

Hilang kaki terus berjuang...

SUBANG JAYA -- Tanggal 8 Feb 1986 menjadi titik sejarah yang dikenang seumur hidup Kolonel Tadbir Berita Tentera Darat Malaysia, Kolonel Zulkifli Tahir, kerana pada hari itulah beliau kehilangan kaki kanannya yang putus hingga ke bahagian betis akibat terpijak jerangkap samar. Menceritakan detik cemas menimpa dirinya, pejuang berusia 58 tahun itu berkata ketika kejadian beliau yang mengetuai Platun Tinjau Batalion Ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (9 RAMD) ditugaskan untuk memeriksa serta membersihkan jerangkap samar yang diletakkan komunis di kawasan hutan di Gubir, Kuala Nerang, Kedah. “Pasukan saya yang terdiri 18 anggota berperanan untuk memeriksa laluan sebelum batalion utama melalui kawasan itu. Saya ingat lagi, kejadian berlaku pada pukul 7.15 pa...

Didakwa sebab tendang, pukul anjing

KUANTAN -- Seorang bapa kepada empat anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menendang dan memukul seekor anjing, yang videonya tular di laman sosial minggu lalu.  Ng Eh Choah, 47, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah, namun pengakuannya tidak diterima memandangkan tertuduh masih menjalani rawatan masalah mental.  "Meskipun tertuduh membuat pengakuan salah namun selepas melihat dan menilai keadaan tertuduh, mahkamah memutuskan tertuduh perlu menjalani pemeriksaan di hospital.  "Mahkamah perlu mendapatkan laporan penuh perubatan tertuduh sebelum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan kes," katanya.  Nurunaim kemudiannya memerintah tertuduh dihantar Hospital Permai,Tampoi di Johor selama sebulan dan menetapkan 14 Nov depan untuk sebutan semula. Tertuduh yang beralamat di Kampung Meranti Nenasi, Pekan dekat sini didakwa menendang dan memukul anjing itu pada pukul 9 pa...

Harga rokok naik tahun depan

KUALA LUMPUR -- Harga jualan runcit bagi semua jenama rokok akan dinaikkan dalam tempoh tiga minggu lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata harga produk tembakau termasuk rokok perlu dinaikkan apabila terdapat kenaikan cukai berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. “Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baru-baru ini akan menyebabkan harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok kena dinaikkan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen. Mengenai larangan merokok di bangunan Parlimen, Dr Dzulkefly berkata lapan notis kompaun telah dikeluarkan termasuk kepada seorang Anggota Parlimen sejak dikuatkuasakan semalam. Tindakan itu diambil susulan pengisytiharan sudut merokok dan tempat makan di dalam bangunan Parlimen sebagai kawasan larangan merokok bermula semalam. Dalam pada itu, Dr Dzulkefly turut mengumumkan larangan penju...

Farid Kamil gagal gugur lima pertuduhan jenayah

PETALING JAYA -- Jabatan Peguam Negara menolak representasi pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari untuk menggugurkan  lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya. Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes Farid Kamil, 37,  di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.  Mahkamah kemudiannya mengekalkan tarikh perbicaraan selama lima hari bermula 27 Nov depan. Farid Kamil ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau akan menghantar representasi kedua secepat mungkin. "Kita terima keputusan yang telah ditetapkan dan perbincangan akan dilakukan bersama peguam saya untuk mengemukakan representasi untuk kali kedua," kata pelakon itu. Pada 16 Jan lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kuran...

Anak TYT Sarawak diperintah bayar mutaah RM30 juta

KUALA LUMPUR -- Anak Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib perlu membayar mutaah RM30 juta kepada bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid  selepas  Mahkamah Rayuan Syariah di sini  mengekalkan perintah pembayaran mutaah yang diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah.  Hakim Syarie Saarani Ismail dan Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar yang bersidang bersama membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mahmud Abu Bekir, 55, dan rayuan silang oleh  Shahnaz, 55. Sebelum ini rayuan itu didengar di hadapan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Syarie Datuk Yusof Musa. Bagaimanapun hanya Hakim Saarani dan  Dr Mohd Naim yang bersidang kerana Hakim Yusof telah bersara. Mahmud Abu Bekir merayu untuk mengurangkan jumlah mutaah yang diputuskan  Mahkamah Tinggi Syariah pada 10 Mac 2016...