Skip to main content

Harga rokok naik tahun depan


KUALA LUMPUR -- Harga jualan runcit bagi semua jenama rokok akan dinaikkan dalam tempoh tiga minggu lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata harga produk tembakau termasuk rokok perlu dinaikkan apabila terdapat kenaikan cukai berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
“Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baru-baru ini akan menyebabkan harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok kena dinaikkan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Mengenai larangan merokok di bangunan Parlimen, Dr Dzulkefly berkata lapan notis kompaun telah dikeluarkan termasuk kepada seorang Anggota Parlimen sejak dikuatkuasakan semalam.
Tindakan itu diambil susulan pengisytiharan sudut merokok dan tempat makan di dalam bangunan Parlimen sebagai kawasan larangan merokok bermula semalam.
Dalam pada itu, Dr Dzulkefly turut mengumumkan larangan penjualan minuman beralkohol kepada mereka yang berusia 21 tahun ke bawah berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Beliau berkata semua penjual minuman beralkohol turut diwajibkan mempamerkan notis 'Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan' di hadapan lokasi premis masing-masing.
Katanya, minuman beralkohol yang dijual juga hendaklah dipamer di kabinet atau rak yang berasingan daripada kabinet atau rak makanan lain, lapor Bernama.
Dr Dzulkefly berkata kegagalan mematuhi mana-mana peraturan berkaitan minuman beralkohol merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...