ALOR SETAR -- Sungguhpun telah mencecah usia 63 tahun namun kasih seorang ibu tunggal terhadap anaknya yang menghidap kanser esofagus tetap utuh dan sanggup membanting tulang bagi menentukan keperluan keluarga terutama anaknya itu dipenuhi sebaik mungkin. Zarah Man sanggup bersengkang mata untuk menyiapkan kuih muih untuk diletakkan di beberapa kedai sekitar Pokok Sena dekat sini setiap hari bagi menampung pendapatan keluarga. Anak sulungnya daripada tiga adik beradik, Zulkifli Yusof, 43, yang masih bujang dan juga Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori lembam dikesan menghidap kanser itu pada September lalu selepas mengalami muntah-muntah dan sakit pada bahagian kerongkong ketika makan. "Sejak kematian suami pada 2002, sayalah yang mencari duit untuk menyara keperluan kami...walaupun dah tak larat hingga kebas-kebas seluruh badan, saya gagahkan diri demi Zulkifli. "Pendapatan saya juga tidak menentu kerana adakalanya kuih-muih habis dijual, teta...