SERDANG -- Malaysia memerlukan sebuah universiti yang pengajaran dan pembelajarannya berfokus kepada bidang pertanian bagi melahirkan pakar dan graduan yang diperlukan sektor berkenaan pada masa hadapan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub. Beliau berkata ia akan melibatkan pertimbangan sama ada perlu menubuhkan sebuah universiti pertanian atau mengembalikan fungsi Universiti Putra Malaysia (UPM) seperti awal penubuhannya yang menekankan pertanian sebagai teras. Katanya universiti berkenaan akan berperanan seperti Universiti Chulalongkorn dan Universiti Chiangmai di Thailand yang fungsi utamanya meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan teknologi baharu dalam bidang pertanian kepada graduan dan petani. Salahuddin berkata keputusan berhubung universiti pertanian itu akan bergantung kepada perbincangan rasmi ...