Skip to main content

Malaysia perlu ada universiti pertanian




SERDANG -- Malaysia memerlukan sebuah universiti yang pengajaran dan pembelajarannya berfokus kepada bidang pertanian bagi melahirkan pakar dan graduan yang diperlukan sektor berkenaan pada masa hadapan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata ia akan melibatkan pertimbangan sama ada perlu menubuhkan sebuah universiti  pertanian atau mengembalikan fungsi Universiti Putra Malaysia (UPM) seperti awal penubuhannya yang menekankan pertanian sebagai teras.

Katanya universiti berkenaan akan berperanan seperti Universiti Chulalongkorn dan Universiti Chiangmai di Thailand yang fungsi utamanya meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan teknologi baharu dalam bidang pertanian kepada graduan dan petani.

Salahuddin berkata keputusan berhubung universiti pertanian itu akan bergantung kepada perbincangan rasmi antara beliau dan pihak kementeriannya serta UPM bagi mencapai persefahaman sebelum dikemukakan  kepada Kementerian Pendidikan.

"Paling penting kita lihat kedudukan kewangan negara, namun sekiranya UPM bersetuju kembalikan fokus kepada pertanian, maka itu lebih baik dan kita hanya perlu lakukan pengubahsuaian terhadap modul dan pendekatan yang digunakan di universiti itu," katanya, lapor Bernama.

Salahuddin berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program memperkasakan pengembangan pertanian di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

UPM dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia pada awalnya menekankan bidang perhutanan dan veterinar serta penyelidikan dalam bidang pertanian.

 Dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia pada 1997 bagi menggambarkan ia sebagai pusat pengajian tinggi yang turut menawarkan pelbagai bidang pengajian terutamanya sains dan teknologi maklumat yang menjadi keperluan kepada pembangunan negara ketika itu.


Menurut Salahuddin, UPM pada masa ini mempunyai sebuah kampus cawangan di Bintulu, Sarawak yang memberi fokus kepada bidang pertanian.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...