PORT DICKSON -- Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson Sabtu ini, calon Bebas Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mempergiatkan gerak kerja kempennya dari rumah ke rumah untuk menarik sokongan seberapa ramai pengundi yang disifatkannya lebih berkesan. "Masa hanya tinggal kurang 48 jam lagi… jadi, saya perlu giat berkempen walaupun saya sudah turun di banyak tempat. Saya perlu bekerja kuat dan mendampingi pengundi secara terus. Saya akan menggunakan saki baki hari yang tinggal dengan strategi mempergiatkan kempen menemui seberapa ramai pengundi di Parlimen Port Dickson. "Walaupun agak penat menemui penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Linggi, Bagan Pinang, Sri Tanjung, Chuah dan Lukut dari pagi hingga malam, tetapi cara ini lebih berkesan. Saya bersyukur kerana ramai yang mengenali saya kerana saya adalah calon tempatan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kempen di Teluk Kemang di sini, hari ...