Skip to main content

Bisnes online pun kena bayar zakat


SHAH ALAM -- Peniaga dalam talian tidak terkecuali daripada kewajipan mengeluarkan zakat berikutan terdapat transaksi melibatkan wang dalam perniagaan mereka.

Ketua Pegawai Penyelaras Lembaga Zakat Selangor (LZS) Abdul Basith Hamid berkata, zakat yang perlu dijelaskan adalah pada kadar 2.5 peratus untuk pendapatan yang telah cukup haul, iaitu telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki.

“Perniagaan online ini masih tertakluk kepada pengeluaran zakat kerana ada transaksi melibatkan wang dan tetap ada untung rugi. Apabila lengkap transaksi dan cukup haulnya setahun, peniaga kena buat kiraan.

“Jika pendapatan positif, mereka kena juga keluarkan zakat 2.5 peratus mengikut kaedah pengiraan had kifayah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Muzakarah Zakat Kebangsaan 2018.

Turut hadir pada program anjuran bersama LZS dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu adalah Timbalan Pengerusi LZS Profesor Datuk Dr Aizuddin Ahmad dan Timbalan Naib Canselor UiTM Profesor Dr Zaini Abdullah.

Bertemakan ‘Zakat di Era Digital Ekonomi’ muzakarah itu menghimpunkan perwakilan dari pelbagai sektor, khususnya yang berkaitan dengan pengurusan zakat di Malaysia, sarjana Islam, penuntut institusi pengajian tinggi dan ahli akademik terutama pakar dalam bidang zakat termasuk orang perseorangan.

Sebanyak 60 kertas kerja dibentangkan pada program dua hari itu.yang mengupas topik berkaitan pengurusan zakat terutama pembangunan asnaf serta pembudayaan filantropi Islam, di samping membincangkan isu-isu kontemporari zakat supaya pelaksanaannya memenuhi tuntutan syarak serta memberi motivasi dan impak positif kepada institusi zakat di Malaysia.

Mengenai sambutan pembayaran zakat oleh peniaga dalam talian, Abdul Basith berkata buat masa ini LZS tidak mengesan mereka secara individu, kecuali jika mereka mengisytiharkan pendapatan masing-masing.

“Selalunya pembayar zakat akan bayar zakat pendapatan sahaja. Kita tidaklah terlalu memperincikan sangat mengenai pendapatan itu, cuma kita akan temu bual sama ada pendapatan itu sumbernya halal atau tidak halal.

“Namun, jika mereka tidak mahu istihar sama ada mereka buat perniagaan online atau perniagaan lain, kita tidak memaksa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dalam era digital pada masa ini, LZS tidak terkecuali berdepan dengan cabaran kewujudan ‘ulama digital’ yang sering memberi gambaran atau kenyataan tidak tepat berhubung isu zakat.  

Menurut Abdul Basith, ‘ulama digital’ banyak berkongsi pandangan sendiri dan membahaskan isu zakat yang dilihat boleh mempengaruhi pengikut masing-masing di media sosial.

“Ada pandangan tersebut kurang tepat, contohnya jika seorang individu digambarkan sebagai miskin, mereka bercerita seolah-olah institusi zakat tidak pernah bantu.

“Di Selangor, bila kita kaji lebih 99.9 peratus kes yang diwar-warkan dalam media sosial itu sebenarnya telah dibantu,” kata Abdul Basith, lapor Bernama.

Beliau berkata perkara yang sama turut berlaku bagi kes-kes luar Selangor.

“Bagi kes-kes luar Selangor, bila saya rujuk kepada rakan-rakan zakat di negeri lain mereka juga telah dibantu, tetapi perkara ini tidak diwar-warkan pula dan kadang-kadang ada antara mereka (ulama digital) keluarkan kenyataan tidak perlu membayar zakat.

“Zakat ini adalah rukun Islam, jika kita dapat pujuk hati seseorang untuk tidak mengeluarkan zakat bermakna kita sedang cuba merobohkan tiang Islam itu. Apa akan jadi dalam 10 tahun, 20 tahun akan datang jika satu hari nanti pentadbiran atau pengurusan zakat tidak berlaku di muka bumi ini, apa akan jadi dengan rukun Islam itu sendiri ?,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...