Skip to main content

Posts

Showing posts from March 5, 2019

Don't mollycoddling the Malays, DAP MP's warns

KUALA LUMPUR -- Klang MP Charles Santiago urged the government today to create equal opportunities for all after Pakatan Harapan (PH) lost the Semenyih by-election. But the DAP lawmaker stressed that this should not be done at the expense of non-Malays. “If we care to be honest, we will admit that the vast majority of the Malays remain poor,” Santiago said in a statement. “It’s therefore the responsibility of the government to demonstrate its ability to create equal opportunities for everyone. “But this cannot be done with mollycoddling the Malays or topping up on privileges for them. However tough it may seem, the government must work towards earning the trust of the Malays without compromising on the rest of its people. “Or this will just end up as another Umno rule,” he added. Santiago attributed PH’s loss in the Semenyih race, a Selangor state seat that the coalition previously won in the 14th general election, to Malays’ fear of losing power. “The fear of losing...

Tindakan ke atas doktor palsukan rekod perubatan jemaah haji, umrah

PUTRAJAYA -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyiasat dakwaan berhubung tindakan sesetengah doktor memalsukan rekod perubatan jemaah haji dan umrah khususnya suntikan vaksin. Timbalan menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata Lembaga Perubatan Malaysia (MMC) bersedia menyiasat dakwaan berkenaan dan sekiranya benar, tindakan akan diambil kepada doktor tersebut. "Kami memandang serius hal ini kerana vaksin ini memang diberikan oleh doktor dan (menjadi) tanggungjawab mereka (doktor) memberikan vaksin itu. "Apabila doktor menandatangani dokumen tersebut (borang vaksin jemaah haji), ini menunjukkan bahawa dia yang memberikan vaksin. Ini adalah perkara yang serius, pemalsuan dokumen oleh doktor adalah sentiasa dianggap perkara yang serius,” katanya. Sebelum ini, portal dalam talian melaporkan beberapa rakyat Malaysia yang menunaikan umrah dan haji di Makkah didakwa memalsukan rekod perubatan untuk melepasi peraturan vaksin Arab Saudi. Lee ditemui...

Tiga ditangkap, seorang diburu kes hina Nabi, Islam

KUALA LUMPUR -- Tiga individu ditahan dan seorang lagi suspek diburu polis kerana disyaki menghina agama Islam termasuk kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah. Tiga suspek yang ditahan itu dikenali sebagai Mohd Sharulnizam Stanley, Alister anak Cogia, Mohd Yazid Kong Abdullah serta seorang masih diburu iaitu Alvin Chow Mun Fai. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek pertama Mohd Sharulnizam yang berusia 29 tahun ditahan di Labuan, pada Ahad lepas. Beliau berkata, Mohd Sharulnizam direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan. “Mohd Sharulnizam membuat komen jelik menggunakan akaun Facebook bernama ‘Bakakuk’ dan polis menerima 15 laporan sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohamad Fuzi berkata, suspek kedua Alister berusia 22 tahun ditahan semalam di Bau, Sarawak direman selama empat hari sehingga Khamis ini. “Alister menggunakan ak...

Musa Aman dituduh lakukan 16 pengubahan wang haram berjumlah AS$37.8 juta

KUALA LUMPUR -- Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 16 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih AS$37.8 juta dan SGD2.5 juta antara Jun 2006 dan Mei 2008. Pertuduhan  itu menjadikan Musa kini berdepan 51 pertuduhan termasuk 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.    Musa, 68, yang memakai kot biru dan bersongkok  mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan satu persatu oleh dua jurubahasa di hadapan Hakim Rozina Ayob. “Saya tuntut bicara,” katanya yang duduk dalam kandang tertuduh selepas Rozina bertanyakan sama ada dia mengaku bersalah atau tidak atas pertuduhan itu. Terdahulu peguam Francis Ng Aik Guan memohon supaya anak guamnya dibenarkan duduk ekoran masalah kesihatan.  Tertuduh yang memakai kot biru dan bersongkok  menjawab “tuntut bicara” selepas Rozina bertanyakan sama ada dia me...

Lelaki rentung dalam nahas kereta

KUALA LUMPUR -- Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya disyaki terlibat kemalangan sebelum terbakar berhampiran Majlis Sukan Negara di Jalan Barat menghala ke Taman Teknologi Park, di sini, awal pagi tadi. Menurut kenyataan, pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan 2.26 pagi berhubung kebakaran kereta jenis Honda City sebelum tujuh anggota menaiki sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian. “Bomba berjaya mengawal kebakaran dan api padam sepenuhnya pada pukul 2.42 pagi dan bomba percaya kereta berkenaan dipercayai terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar. “Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa yang kemudian diserahkan kepada forensik polis untuk tindakan selanjutnya. Kenderaan Honda City itu terbakar 40 peratus di bahagian depan manakala mangsa rentung hampir 100 peratus. Bagaimanapun...

Bermain dengan rusa manja di Kulim

KULIM -- Seorang pesara tentera dari Kampung Dusun, di sini sanggup menghabiskan wang pencen dan simpanannya sebanyak RM240,000, mengusahakan ladang ternakan rusa yang kini telah menjadi salah satu produk agro pelancongan baharu, di sini. Ladang diusahakan Muhammad Zuliadi Mail, 43, yang mulanya bertujuan menjual induk dan daging rusa, kini menjadi tumpuan masyarakat setempat dan luar merasai pengalaman berinteraksi serta ‘bermanja’ dengan haiwan ruminan itu. Menurut Muhammad Zuliadi, ladang ternakan berkeluasan satu hektar itu diusahakannya, sejak dua tahun lalu bermula dengan 19 induk rusa yang dibeli dari Kelantan, Kedah dan Perak. “Pada permulaan, ternakan rusa ini bertujuan menjual induk dan daging sahaja, namun ramai yang minta supaya saya buka ladang saya ini untuk memberi peluang or...

Isu air tidak perlu ke Mahkamah Dunia

SEPANG -- Perbincangan antara Malaysia dan Singapura berhubung isu perjanjian air belum sampai ke tahap membawa perkara itu ke Mahkamah Dunia, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata setakat ini rundingan mengenai isu berkenaan berlangsung positif. Rundingan tertutup peringkat pegawai antara Malaysia dan Singapura di republik berkenaan hari ini, juga menyentuh isu maritim, katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini. Minggu lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Johor perlu bijak memperjuangkan isu eksploitasi oleh Singapura terutamanya isu harga air murah yang dijual kepada negara itu. Perdana Menteri berkata Singapura sebagai negara maju dengan pendapatan per kapita US$18,000 tidak seharusnya membeli air dari negara dengan perdapatan per kapita tidak sampai US$10,000 pada harga murah iaitu 3 sen bagi setiap 1,000 gele...

Kelangsungan BN semakin genting, Tok Mat kata bincang dulu

KUALA LUMPUR -- Satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincang kenyataan MCA dan MIC yang bertindak mengeluarkan kenyataan bersama mahu melihat kemungkinan menubuhkan gabungan parti yang baharu.  Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau mengambil maklum luahan tidak puas hati oleh presiden MCA dan presiden MIC dan beliau tidak akan mengetepikan begitu sahaja perkara itu.  “Malah, saya percaya wujud keperluan untuk BN memberi perhatian yang sewajarnya kepada perkara ini dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang terbaik.  “Saya berharap isu ini tidak dipolitikkan secara tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak. Sebaliknya, saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama duduk berbincang bagi memeta jalan hadapan yang lebih baik kepada BN dan negara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan. Katanya maklumat mengenai mesyuarat itu juga akan dimaklumkan sedikit ma...