Skip to main content

Tindakan ke atas doktor palsukan rekod perubatan jemaah haji, umrah


PUTRAJAYA -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyiasat dakwaan berhubung tindakan sesetengah doktor memalsukan rekod perubatan jemaah haji dan umrah khususnya suntikan vaksin.

Timbalan menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata Lembaga Perubatan Malaysia (MMC) bersedia menyiasat dakwaan berkenaan dan sekiranya benar, tindakan akan diambil kepada doktor tersebut.

"Kami memandang serius hal ini kerana vaksin ini memang diberikan oleh doktor dan (menjadi) tanggungjawab mereka (doktor) memberikan vaksin itu.

"Apabila doktor menandatangani dokumen tersebut (borang vaksin jemaah haji), ini menunjukkan bahawa dia yang memberikan vaksin. Ini adalah perkara yang serius, pemalsuan dokumen oleh doktor adalah sentiasa dianggap perkara yang serius,” katanya.

Sebelum ini, portal dalam talian melaporkan beberapa rakyat Malaysia yang menunaikan umrah dan haji di Makkah didakwa memalsukan rekod perubatan untuk melepasi peraturan vaksin Arab Saudi.

Lee ditemui pemberita pada sidang media selepas melancarkan Program Derma Darah sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2019 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia Dr Md Zaki Othman dan Timbalan Pengarah 1 Pusat Darah Negara Dr Tun Maizura Mohd Fathullah.

Program berkenaan dilaksanakan serentak di seluruh negara hari ini membabitkan penolong pegawai perubatan menderma darah dan menyasarkan 1,000 beg darah dapat dikumpulkan hari ini.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 3,135 penambahan kakitangan pelbagai jawatan bagi KKM tahun ini untuk memantapkan lagi perkhidmatan kementerian berkenaan.

Lee berkata lantikan tersebut akan melibatkan lepasan graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2017.

Katanya antara lantikan tersebut melibatkan 517 penolong pegawai perubatan bagi Februari dan Mac (fasa pertama) dan bulan Julai (fasa kedua) pula seramai 775 lagi lantikan untuk jawatan tersebut.

Selebihnya (lantikan) itu termasuk jururawat, pembantu pembedahan pergigian, juruteknologi pergigian, pegawai kesihatan persekitaran, pembantu kesihatan awam, fisioterapi dan lain-lain, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...