KUALA LUMPUR -- Tidak ada perubahan ketara dalam tahap kepuasan orang ramai terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin politik dan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) sebagai parti yang memerintah sejak Ogos lepas. Ini hasil tinjauan yang dilakukan di seluruh negara pada Disember oleh Prof Datuk Seri Syed Arabi Idid dan pembantunya Azrul Hisyam Wakichan dari Unit Kajian Pilihan Raya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tinjauan ini adalah kesinambungan daripada tinjauan pertama yang dijalankan pada Ogos 2018 mengenai Isu-isu Semasa Nasional. Tinjauan pada Disember juga mendapati tahap kepuasan terhadap pemimpin lain iaitu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat atau turun sebanyak satu peratus atau kekal pada...