Skip to main content

Tak ada masalah ganti Waytha - PAS


KOTA BHARU -- PAS tiada masalah sekiranya P.Waythamoorthy digantikan dengan pemimpin India yang lain asalkan dapat menjalankan kewajipan dengan sebaik mungkin.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata desakan parti itu agar Waythamoorthy meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Menteri bukan bersikap perkauman namun kerana kegagalan beliau menjalankan tugas dengan berkesan.
"Kita desak beliau letak jawatan bukan sebab beliau pemimpin (berbangsa) India tapi kerana kegagalan dia (menjalankan tugas). Kalau kaum lain pegang dan gagal berfungsi untuk mewujudkan perpaduan (dalam negara) kita juga akan minta pemimpin berkenaan letak jawatan.
"Kita bukan rasis dan pada masa yang sama, kalau ada pihak yang membangkitkan isu perkauman kita juga tak setuju. Ini soal kegagalan sebagai Menteri Perpaduan sebab itu dalam kenyataan kita sebelum ini beliau perlu letak jawatan dan kalau digantikan dengan pemimpin India lain pun kita tak ada masalah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi bekas penjaga gol kebangsaan, Awang Essa, 72, yang terlantar sakit kerana masalah tulang belakang sejak aawal tahun ini di kediamannya di Jalan Raja Dewa Hilir.
Takiyuddin berkata justeru itu PAS berpendapat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menilai kembali prestasi Waythamoorthy dalam hal tersebut agar ia tidak menjadi 'barah' dalam masyarakat.
"Waythamoorthy tidak dapat merangka (pelan) perpaduan sebenar untuk memastikan perpaduan dapat dicapai. Saya kira Tun Dr Mahathir perlu beri penilaian secukupnya dan lebih 300,000 rakyat (yang menandatangani petisyen) kata dia dah gagal. Ini bukan soal perkauman lagi," katanya.
Dalam pada itu, Takiyuddin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PPBSM) memohon agar Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk melihat aspek kebajikan terhadap bekas pemain terutama yang kini sedang terlantar sakit.
Beliau berkata Syed Saddiq perlu memberi tumpuan terhadap Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia (YAKEB) yang kini tidak lagi mampu berperanan menjaga kebajikan bekas atlet berikutan tidak mempunyai dana yang mencukupi, lapor Bernama.
"Saya minta kerajaan hari ini terutamanya Menteri Belia dan Sukan dapat melihat kembali aspek kebajikan kepada bekas atlet negara kerana mereka ini kebanyakannya dalam keadaan tidak terbela sehingga ada yang menjadi gelandangan.
"Saya kira kerajaan negeri pun ada bagi sedikit peruntukan untuk kebajikan bekas atlet jadi kita harap perkara ini mendapat perhatian daripada Syed Saddiq," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...