Skip to main content

Posts

Showing posts from February 23, 2019

PFA bergolak, Presiden dan dua pegawai disingkir

KANGAR -- Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebulat suara memutuskan untuk menggantung jawatan Presiden PFA Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie, berkuat kuasa hari ini. Timbalan Presiden PFA, Mohd Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan berkata penggantungan tugas presiden itu diputuskan melalui mesyuarat Anggota Jawatankuasa Eksekutif (Exco) persatuan berkenaan semalam, berkuat kuasa sehingga tarikh Kongres PFA berikutnya yang belum ditetapkan. “PFA mengambil tindakan tersebut merujuk kepada peruntukan statut PFA pada artikel 36, 37 dan 38. “Selain itu, Presiden PFA dilihat turut melanggar perjanjian penajaan antara Kelab Bola Sepak Qhaleefa yang mana Presidennya adalah beliau (Ahmad Amizal Shaifit) dan PFA yang dipersetujui bersama,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan kepada Bernama hari ini. Mohd Abdul Ka...

Berhala di surau: Provokatif yang keji

KUALA LUMPUR -- Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyiasat secara terperinci pihak yang bertanggungjawab meletakkan patung berhala di Surau Sabilul Huda, Klang. Menyelar perbuatan terkutuk berbaur hasutan dan amat provokatif yang berniat jahat untuk menghina Islam dan menjejaskan keharmonian kaum dan agama.itu, Muhyiddin berkata tindakan tegas berasaskan undang-undang perlu diambil terhadap pihak berkenaan.  “Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan penghinaan terhadap agama yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat. “Mereka yang melakukan perbuatan keji ini perlu ditahan mengikut proses undang-undang, didakwa di mahkamah dan dihukum jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau. Muhyiddin kejadian penghinaan terhadap agama Islam  termasuk mesej-mesej penghinaan terhadap agama Islam yang disebarkan di media...

Komisen urut batin lumayan

PETALING JAYA -- Komisen lumayan setiap kali dapat menarik pelanggan serta menawarkan khidmat urutan batin seks, menjadi tarikan 12 wanita warga asing bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah premis hiburan di Dataran Sunway, di sini. Kesemua wanita itu dipercayai mendapat komisen sekitar RM45, RM80 dan RM165 dalam sehari bergantung pada jenis urutan batin diberi jika pelanggan yang melanggan mereka berpuas hati. Tinjauan Bernama mendapati premis hiburan dua tingkat itu mempunyai 11 bilik lengkap berkatil bersaiz ‘queen’, berhawa dingin dilengkapi sebuah tandas di tingkat dua dan rata-rata di bilik berkenaan, kondom pakai buang turut ditemui. Kegiatan itu terbongkar selepas premis hiburan yang beroperasi tanpa lesen, diserbu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bermula tengah malam...

DAP Sarawak ugut ambil tindakan undang-undang

KUCHING -- DAP Sarawak hari ini memberi amaran mengenai tindakan undang-undang jika Jawatankuasa Hak Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menggantung kehadiran ADUN Padungan, Wong King Wei pada persidangan DUN berhubung kenyataannya terhadap Speaker Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar. Pengerusinya, Chong Chieng Jen, berkata bukan untuk Speaker untuk merujuk mana-mana anggota DUN kepada Jawatankuasa Hak Keistimewaan kerana beliau sepatutnya tidak berat sebelah dan, tambahan pula, beliau adalah juga pengerusi jawatankuasa itu. Beliau juga berkata tindakan Mohammad Asfia merujuk Wong ke Jawatankuasa Hak Keistimewaan adalah tidak perlu kerana Wong hanya membuat cadangan bagi pembaharuan DUN untuk meningkatkan peranannya. Mohammad Asfia merujuk Wong kepada jawatankuasa tersebut pada 12 Nov tahun lepas selepas ADUN itu mendesak beliau meletak jawatan sambil berkata beliau adalah penghalang utama bagi pembaharuan dalam DUN. Chong, yang juga...

Setiausaha Akhbar menteri lebih sudu dari kuah

KUALA LUMPUR -- Isu melibatkan RTM kini selesai selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menjelaskan agensi penyiaran itu tidak melakukan sebarang kesalahan susulan kritikan keras kerana didakwa gagal menyiarkan secara langsung ucapan pemimpin tertentu semasa majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina peringkat kebangsaan di Seremban, Ahad lepas.  Kisah bermula apabila Lim Swee Kuan, iaitu Setiausaha Akhbar Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, memuat naik kenyataan menerusi Facebook bertanyakan sama ada RTM mensabotaj kerajaan serta mahu “pihak yang berkenaan di RTM dihukum”. Lim juga berkata surat rasmi akan dihantar kepada Gobind berhubung isu itu. Ini susulan RTM tidak menyiarkan secara langsung ucapan Loke serta Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin H...