Skip to main content

Komisen urut batin lumayan


PETALING JAYA -- Komisen lumayan setiap kali dapat menarik pelanggan serta menawarkan khidmat urutan batin seks, menjadi tarikan 12 wanita warga asing bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah premis hiburan di Dataran Sunway, di sini.
Kesemua wanita itu dipercayai mendapat komisen sekitar RM45, RM80 dan RM165 dalam sehari bergantung pada jenis urutan batin diberi jika pelanggan yang melanggan mereka berpuas hati.
Tinjauan Bernama mendapati premis hiburan dua tingkat itu mempunyai 11 bilik lengkap berkatil bersaiz ‘queen’, berhawa dingin dilengkapi sebuah tandas di tingkat dua dan rata-rata di bilik berkenaan, kondom pakai buang turut ditemui.
Kegiatan itu terbongkar selepas premis hiburan yang beroperasi tanpa lesen, diserbu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bermula tengah malam hingga awal pagi tadi.
Pegawai Turus D7 Selangor DSP Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata polis menahan lapan wanita warga Vietnam, dua warga Thailand, dua warga Indonesia serta seorang lelaki Bangladesh bertindak sebagai penjaga premis itu dalam sebuan bermula 11 malam.

Mohd Khaizam Ahmad berkata hasil risikan, pihaknya mendapati premis hiburan itu telah beroperasi selama enam bulan lepas dan dibuka pada setiap pukul 1 tengah hari hingga 4 pagi.
“Mereka ini akan dapat komisen bagi setiap pelanggan yang dilayani dan semakin ramai pelanggan semakin banyak komisen diperoleh. Hasil siasatan polis, kesemua mereka tidak memilki pasport dan masuk ke negara ini secara haram,” katanya kepada pemberita selepas serbuan itu. 
Mohd Khaizam Ahmad berkata kesemua wanita berkenaan dipercayai tinggal dalam dua buah bilik di premis itu, yang diubah suai untuk tinggal secara beramai-ramai.
“Polis turut merampas sejumlah kondom pakai buang yang belum digunakan, disorokkan di dalam botol pencuci tandas diubah suai serta merampas sejumlah kondom disembunyikan di dalam tempat penyimpan air  bersih,” katanya.
Mohd Khaizam Ahmad berkata kesemua suspek dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bagi tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...