Skip to main content

Posts

Showing posts from October 10, 2018

MRT2 underground project not terminate

KUALA LUMPUR -- Political Secretary to the Minister of Finance Tony Pua has asserted that the government is not terminating the Mass Rapid Transit Line 2 (MRT2) underground work project, instead opportunities will avail if the new project is awarded at a lower cost. In an open letter to MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd (MMC Gamuda) today, Pua, who is also Member of Parliament for Damansara, rapped the directors of MMC-Gamuda for “putting up a great show” since the decision to terminate the project was announced.  Among the claims made by MMC Gamuda were the decision to terminate the contract was hasty and ill-conceived and would result in 20,000 workers losing their jobs, prompting a campaign asking Malaysians to sign a petition to “Save 20,000” jobs. “The performance and mobilisation of the above campaign are nothing short of impressive. The question of cost of the project to the government was conveniently i...

Bijakkah tindakan kerajaan, soal Najib

KUALA LUMPUR -- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal langkah yang diambil kerajaan hari ini bagi mengurangkan hutang negara menerusi penjualan aset dan saham Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB). Beliau berkata, langkah tersebut adalah yang paling mudah untuk diambil, namun menyoal kembali adakah ia langkah yang bijak dan telah dikaji dengan betul? "Kita patut mengimbangi kos berbanding kebaikan sebelum membuat sesuatu keputusan," katanya menerusi laman media sosial Facebook. Menurut Najib, hutang kerajaan kebanyakannya adalah dalam bentuk bon atau sukuk. Kadar faedah ke atas bon-bon tersebut adalah sekitar 3.6 peratus setahun. Sementara purata kadar pertumbuhan aset dalam Khazanah ialah 9.6 peratus setahun manakala PNB ialah 9.2 peratus setahun, iaitu jauh lebih tinggi daripada kos faedah hutang.  Beliau memberi contoh: “Pada 2008, aset Khazanah ialah RM33.7 bilion...

Penjaga stor dihukum 20 sebatan rogol anak tiri

PETALING JAYA -- Seorang penjaga stor dijatuhi hukuman 29 tahun penjara dengan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram dan merogol anak tirinya di Seri Kembangan, Serdang, Selangor.  Hakim Hilmiah Yusof menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap lelaki berusia 51 tahun itu selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap remaja perempuan itu. Bagi pertuduhan merogol, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dengan 12 sebatan, serta 15 tahun penjara berserta lapan kali sebatan bagi kesalahan sumbang mahram.  Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara berasingan, bermula dari tarikh tangkap pada 1 Okt lalu. Mengikut pertuduhan pertama, bapa tiga anak itu didakwa merogol anak tirinya berusia 19 tahun pada 8 pagi, 26 Ogos lalu mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksim...

Pesalah minta tambah hukuman sebat

KUALA LUMPUR -- Seorang lelaki mengejutkan Mahkamah Tinggi di sini Rabu apabila meminta hukuman sebat terhadapnya ditambah bagi mengurangkan hukuman penjaranya. Robin Chow Yan Pun, 30, selaku responden membuat permintaan itu selepas Hakim Datuk Azman Abdullah menambah hukuman ke atasnya daripada penjara dua tahun dan satu sebatan kepada penjara lima tahun dan tiga sebatan kerana kesalahan menjadi orang tengah dalam aktiviti persundalan. Biarpun mahkamah telah menetapkan Yan Pun menerima tiga sebatan, lelaki itu tetap memohon sebatan itu ditambah kerana dia mahu segera keluar dari penjara menyebabkan orang ramai yang berada di galeri awam terkejut dan memandang ke arahnya. Yan Pun dalam nada sayu turut meminta mahkamah memberinya satu peluang kerana ia merupakan kesalahan pertamanya dan dia menyesal kerana telah memilih jalan salah untuk mendapatkan wang. Hakim Azman bagaimanapun berkata Yan Pun perlu dipenjara lebih lama bagi memberi keinsafan kepadanya agar ...

Sarawak tubuh jawatankuasa kaji MA63

KUCHING -- Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri Sarawak akan menubuhkan Jawatankuasa  Antara Kerajaan (IGC), dianggotai Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri, untuk mengkaji semua aspek Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia (MA63). Beliau berkata jawatankuasa itu yang akan meneliti cadangan kerajaan persekutuan untuk meminda Perkara 1(2) perlembagaan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung Malaysia, perlu bebas untuk mengkaji dan berinteraksi. "Saya menghargai cadangan untuk meminda perlembagaan bagi mengembalikan kedudukan Sarawak (sebagai rakan sekutu),” katanya dan menurutnya IGC ini akan diselaraskan dengan model IGC asal yang ditubuhkan untuk melaporkan terma dan syarat yang telah dipersetujui  ketiga-tiga negeri berdaulat untuk membentuk Persekutuan Malaysia. "Saya fikir adalah lebih baik untuk kita melihat perkara ini secara konstruktif dan menyelur...

Rafidah ada hak mengkritik PH

PORT DICKSON -- Tindakan Tan Sri Rafidah Aziz menyelar pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana gagal mengotakan janji dan dibelenggu manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 tidak salah, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson itu berkata beliau menghormati pandangan tersebut dan menyifatkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu adalah seorang pemimpin yang memiliki pengalaman luas dan sering memberikan nasihat. "Beliau (Rafidah) adalah seseorang yang memberikan nasihat yang baik… beliau mempunyai pengalaman untuk meneliti pekara-perkara seperti ini, jadi  tak salah dia komen," katanya kepada pemberita ketika tinjauan mesra  program Pasar Jualan Harapan Rakyat di Pernama Kem Port Dickson. Hadir sama ialah bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO  Tan Sri Sye...

Suspek penggal bapa sendiri direman

IPOH -- Seorang lelaki direman tujuh hari mulai Rabu selepas dipercayai membunuh bapa sendiri dengan  memenggal kepala dan mengerat badan mangsa kepada enam bahagian di Kampung Kanthan Baru, di sini semalam. Perintah reman terhadap lelaki berusia 52 tahun tersebut dikeluarkan  oleh  Majistret Siti Salwa Ja’afar di sini yang membenarkan permohonan polis untuk membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abdul Rahman berkata suspek  dipercayai  berbuat demikian selepas berang ditegur oleh bapanya yang berusia 74 tahun kerana menghisap dadah di dalam rumah mereka. Katanya kepala warga emas itu ditanam di belakang rumah mereka manakala bahagian badan pula dibuang di lubang pembetungan sedalam lima kaki. Yahya berkata siasatan di tempat kejad...

KEMAS KINI: Pemerintah dan raja mesti patuh undang-undang

PUTRAJAYA, 10 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua pihak dalam negara, tidak kira pemerintah atau Raja-raja, perlu mematuhi undang-undang kerana ia penting dalam proses pemulihan pemerintahan negara yang sedang dilaksanakan. Beliau ketika mengingatkan tentang keluhuran undang-undang yang merupakan satu daripada Rukun Negara, berkata ketidakpatuhan terhadap undang-undang boleh menyebabkan huru-hara dan menyukarkan proses pemulihan. "Setiap satu perbuatan kita perlu mengikut undang-undang dan peraturan. Bagi Perdana Menteri atau Raja, menteri atau pegawai pentadbir atau polis, tentera, segala tindakan perlu mengikut peraturan-peraturan. Jika tidak mengikut peraturan, maka akan berlaku huru-hara dalam negara kita. "Ini amat penting sekali kerana kita sedang cuba memulihkan kerajaan pemerintah di dalam negara ini. Jika tidak berpandukan kepada undang-undang, maka pemulihan negara...

Atlet para cipta dua rekod dunia

JAKARTA -- Dua atlet para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly mempamerkan aksi cemerlang dengan mencipta rekod baharu dunia dalam acara masing-masing pada hari kedua acara olahraga Sukan Para Asia 2018 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, di sini Selasa. Mohamad Ridzuan mencatat masa 11.87 saat dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy), sekali gus memadam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013. Abdul Latif turut mempamerkan aksi memukau dengan memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri dalam acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran). Anak jati Perlis itu melakukan lompatan sejauh 7.64 meter, sekali gus memadamkan rekod terdahulu miliknya, 7.60 meter yang dilakar pada Sukan...

Sayur tanah tinggi ke kawasan rendah dan panas

KUCHING -- Kemajuan teknologi memungkinkan hampir semua perkara di dunia ini, justeru tidak menghairankan tanaman salad yang lazimnya ditemui di kawasan tanah tinggi yang sejuk tumbuh subur di kawasan yang panas, tidak jauh dari bandar raya ini. Menggunakan teknologi ‘Nutrient film technique’ (NFT) iaitu satu kaedah hidroponik, tiga sahabat kini mula meraih hasil daripada sebidang tanah seluas 30 x 35 meter persegi yang dibangunkan rumah hijau dan ditanam dengan pelbagai jenis salad dan sayuran tanah tinggi. Terletak di Kampung Sungai Lumut, Buntal dekat sini, ladang The Farmia  diusahakan  oleh  Saiful  Bahri Ahmad Adibi, 42 bersama-sama dua rakannya Zairald Zainal Bong, 38 dan Muhammad Syukran Wahab, 23 selepas tiga tahun menjalankan penyelidikan dan pembangunan  tentang NFT yang telah sekian l...

KEMAS KINI: Kes bunuh bapa yang sadis, tragis dan ngeri

IPOH -- Ketagih punya angkara, seorang anak tergamak memenggal kepada bapanya. Bapa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dipenggal kepalanya oleh anak lelakinya yang berang ditegur menghisap dadah di dalam rumah di Kampung Kanthan Baru di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abdul Rahman berkata dalam kejadian  tengah malam Isnin, suspek berusia 52 tahun itu telah membunuh bapanya You Si Kim yang berumur 74 tahun ketika dipercayai sedang khayal dadah jenis Syabu. Menurut Yahya, pihaknya menerima laporan awam kira-kira pukul 1.30 tengah hari Selasa dan sepasukan polis ke lokasi kejadian lalu terserempak dengan suspek yang kemudiannya membawa polis ke rumahnya. “Siasatan awal di rumah tersebut mendapati satu daripada lima bilik mempunyai kesan darah dan apabila disoal lanjut suspek menunjukkan kepala bapanya yang...

Wan Azizah akui pernah ditawar jawatan PM

JAKARTA -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui pernah ditawarkan menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas. Pertama kali berkongsi pengalaman berkenaan kepada kira-kira 200 rakyat Malaysia di Indonesia sempena lawatan kerja pertamanya ke negara itu, Dr Wan Azizah berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memberi tawaran itu memandangkan beliau ialah Presiden PKR, yang simbolnya digunakan  semua parti dalam PH pada PRU14. “Bagaimanapun, saya menolak tawaran itu kerana kita berpegang kepada janji bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi Perdana Menteri dan saya menjadi Timbalan Perdana Menteri,” katanya ketika berucap pada acara itu di Kedutaan Besar Malaysia di sini malam ini. Mengakui PH tidak menyangka dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama 60 tahun, Dr Wan Azizah melahirkan rasa syukur pertukar...