Skip to main content

Pesalah minta tambah hukuman sebat


KUALA LUMPUR -- Seorang lelaki mengejutkan Mahkamah Tinggi di sini Rabu apabila meminta hukuman sebat terhadapnya ditambah bagi mengurangkan hukuman penjaranya.
Robin Chow Yan Pun, 30, selaku responden membuat permintaan itu selepas Hakim Datuk Azman Abdullah menambah hukuman ke atasnya daripada penjara dua tahun dan satu sebatan kepada penjara lima tahun dan tiga sebatan kerana kesalahan menjadi orang tengah dalam aktiviti persundalan.
Biarpun mahkamah telah menetapkan Yan Pun menerima tiga sebatan, lelaki itu tetap memohon sebatan itu ditambah kerana dia mahu segera keluar dari penjara menyebabkan orang ramai yang berada di galeri awam terkejut dan memandang ke arahnya.
Yan Pun dalam nada sayu turut meminta mahkamah memberinya satu peluang kerana ia merupakan kesalahan pertamanya dan dia menyesal kerana telah memilih jalan salah untuk mendapatkan wang.
Hakim Azman bagaimanapun berkata Yan Pun perlu dipenjara lebih lama bagi memberi keinsafan kepadanya agar tidak mengulangi kesalahan sama.
“Hukuman ini patut berikan satu ketakutan pada kamu, membuat kamu dan orang lain merasa takut. Kalau hukuman mahkamah tidak mendatangkan takut, tak guna mahkamah beri hukuman. Kesalahan pertama pun dah buat aktiviti macam ini (persundalan). Banyak jenayah yang boleh berpunca dari kes macam ni, kamu duduk lama di dalam penjara, semoga kamu insaf,” katanya, lapor Bernama.
Hakim Azman membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 14 Mac lepas yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan terhadap Yan Pun.
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman itu selepas Yan Pun mengaku bersalah terhadap pertuduhan telah bertindak sebagai orang tengah dan menolong dalam aktiviti persundalan di sebuah apartmen di Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, di sini pada 10.45 malam, 25 Feb lepas. 
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 372(1)(f) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebatan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...