Skip to main content

Sayur tanah tinggi ke kawasan rendah dan panas


KUCHING -- Kemajuan teknologi memungkinkan hampir semua perkara di dunia ini, justeru tidak menghairankan tanaman salad yang lazimnya ditemui di kawasan tanah tinggi yang sejuk tumbuh subur di kawasan yang panas, tidak jauh dari bandar raya ini.
Menggunakan teknologi ‘Nutrient film technique’ (NFT) iaitu satu kaedah hidroponik, tiga sahabat kini mula meraih hasil daripada sebidang tanah seluas 30 x 35 meter persegi yang dibangunkan rumah hijau dan ditanam dengan pelbagai jenis salad dan sayuran tanah tinggi.
Terletak di Kampung Sungai Lumut, Buntal dekat sini, ladang The Farmia  diusahakan  oleh  Saiful  Bahri Ahmad Adibi, 42 bersama-sama dua rakannya Zairald Zainal Bong, 38 dan Muhammad Syukran Wahab, 23 selepas tiga tahun menjalankan penyelidikan dan pembangunan  tentang NFT yang telah sekian lama dilaksanakan di Cameron Highlands, Pahang.
“Kami ubah suai sedikit sistem NFT ini untuk disesuaikan dengan kawasan tanah rendah beriklim panas menerusi pembinaan rumah hijau yang dibangunkan pada Mac lalu dengan kos kira-kira RM150,000,” kata Saiful Bahri.
Menurutnya The Famia kini mempunyai 10,000 pot yang diletak di atas 26 buah meja dan ditanam dengan empat jenis salad iaitu selada hijau,   selada merah, selasih dan ‘romaine’ iaitu sejenis salad yang seakan-akan kubis panjang, serta lima jenis sayur sawi antaranya sawi manis, sawi jepun dan sawi putih.
"Setiap jenis salad dan sawi ini boleh dituai dalam tempoh 30 hari dan setiap kali tuaian  menghasilkan  kira-kira 60 kilogram bagi setiap meja tersebut. Buat masa ini, kami memasarkan salad serta sawi terbabit di empat pasar raya di sekitar Kuching," katanya.
Selain itu, The Farmia turut mengadakan ‘hari terbuka’ bagi memberi peluang kepada orang ramai datang dan memilih serta memetik sendiri salad dan sawi di ladang tersebut.
"Setiap pot salad seberat 120-150 gram atau sawi seberat 150 gram dijual pada harga RM1 sahaja , pastinya lebih murah berbanding harga yang kami jual ke pasar raya. 
“Kebanyakan salad di pasaran Sarawak datang dari Cameron Highlands, harga pun premium dan agak mahal, jadi menerusi pembukaan ladang ini kami memberi alternatif untuk tanam sendiri di negeri ini dan jual kepada pelanggan dengan harga yang murah,” katanya, lapor Bernama.
Menurutnya selain murah, sayuran hidroponik di ladang mereka juga 100 peratus bebas racun perosak sekali gus menawarkan hasil tani yang segar, bersih dan menyihatkan di samping terjamin halal.
Ditanya sambutan yang diterima terhadap hari terbuka The Famia,  Saiful Bahri berkata setakat ini program itu telah diadakan tiga kali dan setiap kali mereka menjual lebih 70 kilogram salad dan sawi terbabit. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...