Skip to main content

Wan Azizah akui pernah ditawar jawatan PM


JAKARTA -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui pernah ditawarkan menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.
Pertama kali berkongsi pengalaman berkenaan kepada kira-kira 200 rakyat Malaysia di Indonesia sempena lawatan kerja pertamanya ke negara itu, Dr Wan Azizah berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memberi tawaran itu memandangkan beliau ialah Presiden PKR, yang simbolnya digunakan  semua parti dalam PH pada PRU14.
“Bagaimanapun, saya menolak tawaran itu kerana kita berpegang kepada janji bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi Perdana Menteri dan saya menjadi Timbalan Perdana Menteri,” katanya ketika berucap pada acara itu di Kedutaan Besar Malaysia di sini malam ini.
Mengakui PH tidak menyangka dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama 60 tahun, Dr Wan Azizah melahirkan rasa syukur pertukaran kerajaan selepas PRU14 dapat dijalankan secara demokratik dan aman.
Beliau, bagaimanapun berkata PH turut tidak menyangka kerajaan diambil alih, ditinggalkan dalam keadaan jumlah hutang begitu besar dan sistem yang parah.
Justeru, walaupun beberapa janji dalam manifesto PH pada PRU14 belum dapat ditunaikan, beliau memohon agar rakyat Malaysia supaya bersabar sebelum kerajaan membawa perubahan yang diinginkan rakyat.
Menjawab soalan daripada seorang diaspora Malaysia sama ada kerajaan akan menilai menteri-menteri baharu dan menukar mereka yang tidak menunjukkan prestasi baik, Dr Wan Azizah berkata masih terlalu awal untuk membuat penilaian memandangkan baharu lima bulan PH mengambil alih pentadbiran kerajaan.
“Beri kami sedikit masa kerana kami masih dalam ‘learning curve’ (keluk pembelajaran),” katanya sambil turut mengakui Perdana Menteri memberi amaran keras kepada jemaah menteri setiap kali mempengerusikan mesyuarat Kabinet supaya jangan sesekali terlibat dengan rasuah, lapor Bernama.
Menurutnya, hanya segelintir anggota jemaah menteri mempunyai pengalaman luas dalam urusan pentadbiran kerajaan iaitu Dr Mahathir dan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Dr Wan Azizah turut berkongsi kebanggaannya menjadi wanita pertama mempengerusikan mesyuarat Kabinet baru-baru ini, berikutan ketiadaan Dr Mahathir yang mengadakan lawatan ke luar negara.
Dr Wan Azizah mengadakan lawatan kerja sehari ke Indonesia pada Selasa, lawatan pertamanya ke negara ini selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 21 Mei lepas.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...