Skip to main content

Sarawak tubuh jawatankuasa kaji MA63


KUCHING -- Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri Sarawak akan menubuhkan Jawatankuasa  Antara Kerajaan (IGC), dianggotai Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri, untuk mengkaji semua aspek Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia (MA63).
Beliau berkata jawatankuasa itu yang akan meneliti cadangan kerajaan persekutuan untuk meminda Perkara 1(2) perlembagaan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung Malaysia, perlu bebas untuk mengkaji dan berinteraksi.
"Saya menghargai cadangan untuk meminda perlembagaan bagi mengembalikan kedudukan Sarawak (sebagai rakan sekutu),” katanya dan menurutnya IGC ini akan diselaraskan dengan model IGC asal yang ditubuhkan untuk melaporkan terma dan syarat yang telah dipersetujui  ketiga-tiga negeri berdaulat untuk membentuk Persekutuan Malaysia.
"Saya fikir adalah lebih baik untuk kita melihat perkara ini secara konstruktif dan menyeluruh kerana terdapat Perkara 161B dalam perlembagaan yang perlu diambil kira," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran dan Persidangan Forum Air dan Air Sisa Borneo Keempat 2018.
Abang Johari diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong di sini pada Ahad bahawa kerajaan akan meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung Malaysia.
Sebelum ini pada sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu,  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung Malaysia akan dikembalikan.
Cadangan itu memerlukan pindaan terhadap Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan dan ia akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang bersama-sama dengan pindaan terhadap Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, lapor Bernama.
Sementara itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan RM2.8 bilion untuk melaksanakan Program Grid Air Sarawak bagi Kwasan Tekanan Air Rendah untuk menyelesaikan secara efektif isu bekalan air dihadapi penduduk luar bandar dalam tempoh dua tahun akan datang.
Beliau juga mahu pembekal bahan terdiri daripada anak jati Sarawak diberi keutamaan dalam pelaksanaan 247 projek yang telah dikenal pasti dan dijadual siap menjelang 2020.
Sejumlah 247 projek itu termasuk loji rawatan, sistem rangkaian pengagihan, kerja-kerja pembaikan, penggantian paip, pengurusan air tidak terhasil, inisiatif pemodenan dan Bekalan Air Alternatif Luar Bandar Sarawak (Sawas), katanya.
Turt hadir pada Pameran dan Persidangan Air dan Air Sisa Borneo Keempat 2018 itu ialah Menteri Utiliti Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dan Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak Chang Kuet Shian.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...