Skip to main content

Bijakkah tindakan kerajaan, soal Najib


KUALA LUMPUR -- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal langkah yang diambil kerajaan hari ini bagi mengurangkan hutang negara menerusi penjualan aset dan saham Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Beliau berkata, langkah tersebut adalah yang paling mudah untuk diambil, namun menyoal kembali adakah ia langkah yang bijak dan telah dikaji dengan betul?
"Kita patut mengimbangi kos berbanding kebaikan sebelum membuat sesuatu keputusan," katanya menerusi laman media sosial Facebook.
Menurut Najib, hutang kerajaan kebanyakannya adalah dalam bentuk bon atau sukuk. Kadar faedah ke atas bon-bon tersebut adalah sekitar 3.6 peratus setahun.
Sementara purata kadar pertumbuhan aset dalam Khazanah ialah 9.6 peratus setahun manakala PNB ialah 9.2 peratus setahun, iaitu jauh lebih tinggi daripada kos faedah hutang. 
Beliau memberi contoh: “Pada 2008, aset Khazanah ialah RM33.7 bilion. Jika kita jual keseluruhan aset Khazanah pada tahun itu, kita dapat mengurangkan hutang negara sebanyak RM33.7 bilion.
"Ia juga bermaksud kita akan mengurangkan beban faedah hutang sebanyak RM1.2 bilion setahun jika kadar riba ialah 3.6 peratus - iaitu penjimatan RM10.1 bilion untuk tempoh sembilan tahun sehingga akhir tahun 2017.
“Oleh kerana pada masa itu kita tidak jual aset Khazanah, asetnya meningkat dari RM33.7 bilion kepada RM115.7 bilion pada akhir  2017, iaitu keuntungan RM82 bilion.
“Pilihan mana yang lebih bijak? Keuntungan RM82 billion atau pun penjimatan RM10.1 bilion?," soal Najib. 
Beliau juga menyoal adakah langkah menjual aset negara hari ini seumpama menggadai masa depan negara bagi menampung langkah populis kerajaan hari ini.
Pada akhir 2008, beliau berkata, aset Khazanah meningkat daripada RM33.7 bilion kepada RM115.7 bilion pada akhir 2017 manakala aset PNB naik daripada RM120 bilion kepada RM279.2 bilion. 
Tambah beliau, PNB juga menguruskan dana sendiri yang dipanggil ‘propriety funds’ selain daripada mengurus dana pencarum. Dana tersebut yang merupakan aset negara, telah meningkat daripada RM12 bilion pada akhir 2008 kepada RM43.9 bilion pada akhir 2017.
Najib juga bertegas bahawa hutang negara bukan berjumlah RM1 trilion. Malah angka tersebut juga tidak diberikan oleh agensi penarafan kredit antarabangsa, Bank Dunia dan Bank Negara Malaysia, katanya, lapor Bernama.
Menurutnya, kehilangan hasil kerajaan berjumlah RM40 bilion juga berikutan langkah populis seperti tempoh bebas cukai tiga bulan, pertukaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan pengembalian subsidi pukal yang nyata banyak ketirisan. 
“Apa yang saya risau ialah penjualan aset- dan tanah negara ini bukan untuk mengurangkan hutang tetapi untuk menampung kehilangan hasil RM40 bilion ini.
“Kita sama-sama tengok bajet yang akan datang ialah bajet lebihan ataupun bajet defisit. Jika defisit maksudnya, penjualan aset dan tanah ialah untuk menampung kehilangan hasil dan bukan untuk mengurangkan hutang,” tambahnya. 

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...